Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783941
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShevin Rizal Feroz, Dr.en_US
dc.contributor.advisorLam Su Datt, Dr.en_US
dc.contributor.authorKhairul Azreena Bakar (P109997)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T02:35:22Z-
dc.date.available2026-07-03T02:35:22Z-
dc.date.issued2025-03-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783941-
dc.description.abstractMitragyna speciosa (lazimnya dikenali sebagai ketum) adalah tumbuhan psikoaktif yang daunnya digunakan secara tradisional sebagai pelega kesakitan dan agen peransang. Alkaloid indol utama ketum, mitraginin (MTG) dan terbitannya, 7-hidroksimitraginin (7-OH-MTG), bertanggungjawab terhadap kesan analgesik tumbuhan ini yang diperantara oleh reseptor opioid. Efikasi dan sifat farmakokinetik sebatian fitokimia ini adalah berkaitan dengan interaksinya dengan protein plasma, terutamanya albumin serum manusia (HSA) dan glikoprotein asid-α1 (AAG). Sehingga kini, hanya terdapat kajian MTG dan 7-OH-MTG dengan keseluruhan protein plasma yang telah dilakukan, namun tiada kajian spesifik terhadap HSA dan AAG. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mencirikan secara komprehensif profil pengikatan MTG dengan HSA dan AAG menggunakan kedua-dua pendekatan eksperimen (kalorimetri, spektroskopi dan mikroskopi) dan pengkomputeran (simulasi dok dan dinamik molekul). Manakala, profil pengikatan 7-OH-MTG dengan HSA dan AAG hanya dikaji menggunakan pendekatan pengkomputeran. Analisis in silico ADMET mencadangkan MTG dan 7-OH-MTG sebagai calon dadah psikoaktif yang berpotensi dengan ketoksikan dan profil farmakokinetik yang baik. Analisis data pendarfluor dan kalorimetri pentitratan isoterma menunjukkan afiniti pengikatan yang sederhana bagi kompleks protein–MTG (pemalar asosiasi (Ka) = 103–105 M–1), dengan interaksi yang lebih kuat antara MTG dan AAG berbanding dengan HSA. Data dikroisme membulat dan pendarfluor 3D menunjukkan bahawa pengikatan MTG mempunyai kesan yang minimum terhadap integriti struktur kedua-dua protein. Ini disokong oleh perubahan dalam spektrum penyerapan UV bagi HSA dan AAG setelah pentitratan MTG; serta dimensi protein yang diperhatikan menggunakan mikroskopi daya atom. Hasil eksperimen sesaran dadah kompetitif dan simulasi dok molekul adalah konsisten, yang menunjukkan bahawa tapak III HSA (pada subdomain IB) adalah tapak pengikatan utama bagi MTG. Hasil simulasi dok menunjukkan bahawa 7-OH-MTG juga mengikat pada tapak yang sama tetapi dengan tenaga pengikatan lebih rendah berbanding MTG. Bagi AAG, kedua-dua sebatian mengedok pada saku pengikatan hidrofobik pusat bagi kedua-dua varian F1*S dan A dengan perbezaan minor dalam orientasi pengikatan. Penglibatan interaksi hidrofobik (alkil, pi−alkil, pi−pi), ikatan hidrogen dan daya van der Waals dicadangkan dalam penstabilan kompleks protein–ligan. Simulasi dinamik molekul menyokong kestabilan protein apabila berkompleks dengan MTG dan 7-OH-MTG. Hasil daripada kajian ini adalah penting dalam pembangunan sebatian-sebatian terbitan ketum sebagai agen terapeutik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.subjectBiophysicsen_US
dc.subjectGlycoproteinsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMekanisme interaksi sebatian psikoaktif daripada Mitragyna speciosa dengan albumin serum manusia dan glikoprotein asid-a1: pendekatan biofizik dan pemodelan molekulen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pagesQH505.K483 2025 tesisen_US
dc.identifier.callno216en_US
dc.identifier.barcode007738en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.