Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783899
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Hassim Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAnza Eliasen_US
dc.date.accessioned2026-06-29T07:50:36Z-
dc.date.available2026-06-29T07:50:36Z-
dc.date.issued2007-02-06-
dc.identifier.otherP26324en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783899-
dc.description.abstractStres dan burnout merupakan masalah yang sering berlaku kepada jururawat. Tujuan kajian keratan rentas ini adalah untuk menentukan prevalen stres dan burnout dan mengenalpasti hubungan stres dan burnout. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan stres dan burnout. Kajian ini melibatkan 387 orang jururawat daripada Unit Rawatan Rapi, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Ortopedik, dan Unit Kemalangan dan Kecemasan di sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur. Soal selidik yang digunakan ialah Inventori Stres Peribadi, Inventori Burnout Maslach, dan Skala Stres Jururawat. Kajian ini mendapati prevalen stres ialah 48.8%, tetapi tidak terdapat perbezaan beerti di antara prevalen stres dan unit- unit yang dikaji. Faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan stres ialah beban kerja, menghadapi kematian, konflik dengan doktor dan faktor stres peribadi. Terdapat 141 orang (36.4%) daripada jururawat yang dikaji menunjukkan tahap keletihan emosi yang tinggi, 57 orang (14.7%) daripada responden mempunyai depersonalisasi yang tinggi dan 43.7% di antara mereka menyatakan mempunyai pencapaian peribadi yang rendah. Ujian statistik juga mendapati tidak terdapat perbezaan di antara prevalen subskala burnout dan unit-unit yang dikaji. Min skor untuk keletihan emosi ialah 21.1 ± 11.5, dan skor ini berada dalam kategori tahap keletihan emosi yang tinggi. Bagi subskala depersonalisasi, min skor ialah 5.0 4.1 dan skor ini berada dalam kategori tahap depersonalisasi yang rendah. Min skor pencapaian peribadi ialah 34.2 ± 9.3, dan ini adalah tahap pencapaian peribadi yang sederhana. Terdapat korelasi yang bererti secara statistik di antara skor stres, skala stres jururawat dan ketiga-tiga subskala burnout (p<0.05). Analisis multivariat menunjukkan faktor prediktor untuk subskala keletihan emosi ialah beban kerja, kurang sokongan, konflik dengan doktor dan skor stres. Faktor prediktor untuk subskala depersonalisasi pula ialah kurang persediaan, konflik dengan doktor, konflik dengan rakan sejawat dan skor stres. Bagi subskala pencapaian peribadi pula, faktor-prediktor ialah beban kerja, kurang persediaan, dan kurang sokongan. Hasil kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan dalam program pengurusan stres dan burnout.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectStress, Psychologicalen_US
dc.subjectBurnout, Professionalen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan stres dan burnout di kalangan jururawat terlatih di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"en_US
dc.format.pages44en_US
dc.identifier.callnoQT162.S8A637h 2007 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00001525617en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.