Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783849| Title: | Kajian PROTEOMIK 2D-GEL terhadap ekspresi protein hepar dalam tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis dan dirawat dengan fraksi kaya tokotrienol sawit |
| Authors: | Nur Syazana Syahira Mohd Norman |
| Supervisor: | Azman Abdullah, Prof. Madya Dr. Nur Azlina Mohd Fahami, Prof. Dr. |
| Keywords: | Liver Neoplasms -- therapy Tocotrienols -- therapeutic use Tocotrienols |
| Issue Date: | 20-May-2026 |
| Abstract: | Kanser hepar adalah salah satu penyumbang kadar mobiditi dan mortaliti yang tinggi di peringkat global, dan pelbagai bahan semula jadi telah dikaji yang berpotensi sebagai rawatan kanser hepar. Tokotrienol kaya dengan sifat antioksidan dan berpotensi memiliki sifat antikanser yang signifikan. Penyediaan tokotrienol yang paling lazim adalah fraksi kaya tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit (TRF). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan ekspresi protein fraksi sitosolik hepar tikus yang diaruh karsinogenesis dan dirawat dengan dos TRF yang berbeza menggunakan kaedah 2D-gel elektroforesis. Sebanyak 42 ekor tikus jantan Wistar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu kumpulan kawalan, kumpulan yang diberi TRF sahaja (500 mg/kg), kumpulan tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis yang tidak diberi sebarang rawatan (HCC), kumpulan tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis dan disuplementasi dengan plelbagi dos TRF (HCC + TRF 125 mg/kg, HCC + TRF 250 mg/kg. HCC + TRF 500 mg/kg), dan kumpulan tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis dan disuplememtasi dengan 100mg/kg butilhidroksianisol (BHA) (HCC + BHA 100 mg/kg). Hepatokarsinogenesis (HCC) diaruh melalui pemberian dietilnitrosamina (DEN) dan 2- asetilaminofluorena (2AAF). TRF dan BHA diberikan pada peringkat awal pemberian 2AAF sehingga minggu ke-12 menggunakan kaedah paksaan oral. Pada minggu ke-12, tikus-tikus dibunuh dan hepar mereka diasingkan. Fraksi sitosolik telah disediakan daripada homogenat tisu hepar. Elektroforesis gel dua dimensi (2DE) bersama spektrometri jisim penyahjerapan/pengionan laser berbantu matriks-masa penerbangan/masa penerbangan (MALDI-TOF/TOF) digunakan dalam kajian ini bagi menentukan perubahan dalam ekspresi global protein dan mengenal pasti identiti protein yang berubah ekspresinya dalam fraksi sitosolik hepar tikus. Kesan rawatan TRF terhadap ekspresi protein adalah bergantung dos. Kumpulan HCC + TRF 500 mg/kg menunjukkan bilangan tertinggi bintik protein yang diekspresikan secara signifikan, diikuti oleh kumpulan HCC + BHA 100mg/kg, kumpulan HCC + TRF 250g ka kuna, a thing kumpulka kuulun sebanyak 18 g dan akhir sekali kumpulan HCC, berbanding kumpulan kawalan. Sebanyak 23 protein yang diekspresikan secara berbeza dan signifikan, dengan perubahan minimum 2 kali ganda selepas rawatan, berbanding kumpulan kawalan. Namun, daripada 23 protein tersebut, hanya 8 bintik protein sahaja yang berjaya dikenalpasti menggunakan sspektrometri jisim. Bintik protein yang telah dikenal pasti adalah glutamat dehidrogenase 1 (DHE3), subunit alfa protein flavin pemindah elektron (ETFA), omitin karbamoiltransferase (OTC), argigininosuksinate sintase (ASSY), adenosina kinase (ADK), protein tekanan 70 (GRP75), S-adenosilmetionin (METK1) dan aldehid dehidrogenase 2 (ALDH2), dan mereka memainkan peranan penting dalam mekanisme hepatoprotektif melalui pelbagai laluan metabolik dan pertahanan sel. Kesimpulannya, suplementasi TRF mempunyai kesan hepatoprotektif dalam tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis. Penggunaan kaedah yang lebih sensitif seperti kromatografi cecair spektrometri jisim (LCMS) diperlukan untuk mengenalpasti bintik-bintik yang tidak dapat dikenal pasti melalui MALDI-TOF/TOF. |
| Pages: | 143 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783849 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kajian PROTEOMIK 2D-GEL terhadap ekspresi protein hepar dalam tikus yang diaruh hepatokarsinogenesis dan dirawat dengan fraksi kaya tokotrienol sawit.pdf | Full-text | 3.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.