Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783779Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Norliza Muhammad, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Suzana Makpol, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nur Qisti Tajul Urus | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-06-24T04:00:39Z | - |
| dc.date.available | 2026-06-24T04:00:39Z | - |
| dc.date.issued | 2026-05-25 | - |
| dc.identifier.other | P117146 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783779 | - |
| dc.description.abstract | Sinaran Ultraungu B (UVB) merupakan penyebab utama kerosakan kulit yang boleh membawa kepada masalah seperti eritema, peningkatan melanin dan gangguan fungsi penghalang kulit. Pendedahan berpanjangan kepada UVB boleh mengakibatkan kerosakan yang serius dari segi fizikal dan histologi serta meningkatkan risiko kanser kulit. Kerosakan ini sering berlaku akibat kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dan tekanan oksidatif. Ini kerana UVB mendorong pembentukan lesi DNA dan menghasilkan spesies oksigen reaktif (ROS). Kesan negatif UVB ini boleh menyebabkan peningkatan kerosakan pada peringkat selular. Walaupun banyak kajian penggunaan topikal Centella asiatika (CA) untuk perlindungan kulit, terdapat keperluan untuk meneroka kesan ekstrak CA apabila diambil secara oral. Pengambilan secara oral boleh meningkatkan ketahanan kulit terhadap kerosakan yang disebabkan oleh UVB. CA secara oral memberikan perlindungan sistemik dan bioavailabiliti yang baik berbanding dengan penggunaan topikal sahaja. Kajian ini adalah untuk meneroka kesan ekstrak CA yang diberikan secara oral pada kulit mencit yang terdedah kepada sinaran UVB. Kajian ini melibatkan lima kumpulan mencit iaitu sham, kawalan dan kumpulan rawatan iaitu CA, Heliocare® dan pelindung matahari topikal. Kumpulan sham, kawalan dan pelindung matahari topikal diberikan air suling melalui gavaj oral. Kumpulan CA diberikan 500 mg/kg ekstrak CA dan kumpulan Heliocare® menerima 200 mg/kg. Air suling ektrak CA dan Heliocare® diberikan secara gavaj oral. Pemberian rawatan berlangsung selama 10 hari. Pendedahan terhadap UVB dilakukan pada hari ke-7, 8, 9, dan 10. Dos UVB yang digunakan ialah tiga kali ganda dos minimum eritema (MED) iaitu 600 mJ/cm2. Dos ditentukan melalui pendedahan mencit kepada beberapa aras dos, di mana dos yang menghasilkan respon eritema selepas 24 mana dos jam dipilih sebagai dos kajian Semua kumpulan didedahkan terhadap UVB kecuali kumpulan Sham. Setelah rawatan pada hari ke-10, penilaian fizikal dijalankan sebelum haiwan tersebut dikorbankan. Kemudiannya kulit mencit diambil untuk analisa histologi dengan menggunakan alat biopsi dari tikus yang telah dikorbankan. Hasil kajian menunjukkan pemberian ekstrak CA dapat memperbaiki keadaan fizikal kulit secara signifikan iaitu dengan mengurangkan eritema dan kehilangan air transepidermal. Selain itu, ekstrak CA meningkatkan penghidratan kulit dan mengekalkan pH kulit. Hasil analisis histologi mendedahkan pengurangan yang signifikan dalam sel kulit terbakar iaitu keratinosit yang mengalami apoptosis akibat kerosakan DNA yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UVB serta penyusupan neutrofil, penebalan epidermis, dan kerosakkan apendej. Selain itu, CA meningkatkan kandungan kolagen dalam lapisan kulit. Pewarnaan imunohistologi untuk dimer timidin, penanda kerosakan DNA, menunjukkan bahawa CA berkesan mengurangkan kerosakan DNA secara signifikan yang disebabkan oleh sinaran UVB. Penemuan ini mencadangkan bahawa CA wajar diberikan perhatian sebagai agen fotoprotektif sistemik yang berkesan. Oleh itu, CA boleh digunakan seiring dengan pelindung matahari topikal bagi memaksimumkan kadar pelindungan terhadap sinaran UVB. CA dapat memodulasi tindak balas kulit akibat pendedahan UVB melalui laluan sistemik. Ini menonjolkan potensi CA sebagai suplemen oral semula jadi untuk meningkatkan perlindungan dan pembaikan kulit terhadap kerosakan yang disebabkan oleh UVB. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| dc.subject | Centella asiatika (CA) | en_US |
| dc.subject | Administration, Oral | en_US |
| dc.subject | Plants, Medicinal -- adverse effects | en_US |
| dc.subject | Skin Diseases | en_US |
| dc.subject | Ultraviolet Rays -- adverse effects | en_US |
| dc.title | Kesan oral ekstrak centella asiatika terhadap fizikal dan histologi kulit mencit yang didedahkan pada Sinaran Ultraungu B (UVB) | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.format.pages | 132 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan oral ekstrak centella asiatika terhadap fizikal dan histologi kulit mencit yang didedahkan pada Sinaran Ultraungu B (UVB).pdf | Full-text | 3.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.