Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783586| Title: | Dedahan haba persekitaran dan faktor peramal penyakit berkaitan haba dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan, Malaysia |
| Authors: | Zawiah Mansor (P76993) |
| Supervisor: | Noor Hassim Ismail, Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim, Prof. Dr. Rosnah Ismail, Dr. |
| Keywords: | Heat Exhaustion -- diagnosis Heat Stress Disorders -- diagnosis Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 5-Jul-2018 |
| Abstract: | Pendedahan kepada haba persekitaran yang tinggi di tempat kerja akibat fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan penyakit berkaitan haba terutamanya dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal. Oleh itu, masalah ini perlu diterokai agar langkah-langkah pencegahan yang efektif dapat dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur dedahan haba persekitaran, menilai tegasan haba di tempat kerja, menentukan prevalens serta faktor ramalan penyakit berkaitan haba dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan pada bulan Mac sehingga April 2016. Kajian ini melibatkan pengukuran Wet Bulb Globe Temperature (WBGT) di lapangan kerja dan soal selidik kepada responden. WBGTout diukur menggunakan alatan Quest Temp°34 pada selang masa 15 minit sepanjang tempoh bekerja (8.00 pagi-4.00 petang). Set soalselidik yang mengandungi profil sosiodemografi, pekerjaan, faktor fisiologi, tingkahlaku dan saringan indeks penyakit berkaitan haba diberikan pada akhir sesi bekerja. Penyakit berkaitan haba dibahagikan kepada 2 kategori iaitu (i) ringan dan (ii) sederhana serta teruk berdasarkan peta person-item menggunakan analisis Rasch. Analisis bivariabel digunakan untuk menentukan hubungan di antara faktor yang dikaji. Analisis regresi logistik berganda dijalankan untuk menentukan faktor peramal penyakit berkaitan haba. Pengukuran dedahan haba menunjukkan purata bacaan WBGTout di tempat kerja ialah 30.5°C (SP+0.53) dengan bacaan maksimum dan minimum adalah 34.06°C dan 26.42°C. Hasil menunjukkan stress haba berlebihan berdasarkan nilai TLV (ACGIH, 2015) mengikut kadar metabolik kerja dan kitaran kerja-rehat 75-100%. Oleh itu, semua responden didapati berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan haba berdasarkan tegasan haba yang berlebihan sepanjang tempoh 8 jam bekerja dan pada setiap sesi bekerja. Sebanyak 320 soalselidik telah dilengkapkan dan dianalisis. Prevalens penyakit berkaitan haba adalah 44.1%. Peramal tidak bersandar yang signifikan untuk penyakit berkaitan haba adalah masa pengambilan air minuman, jenis minuman, tahap hidrasi, sejarah penyakit berkaitan haba yang lalu dan WBGTeff setelah mengawal faktor kumpulan umur. Penyakit berkaitan haba mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi dalam kalangan individu yang meminum air pada kadar masa yang tidak tetap (OR 15.02, 95% SK: 3.91;57.59), minum minuman selain daripada air kosong semasa bekerja (OR 5.48, 95% SK: 2.62;11.44), dehidrasi berdasarkan warna urin (OR: 3.40, 95% SK 1.97;5.86), pernah mengalami penyakit berkaitan haba yang lalu (OR: 2.25, 95% SK: 1.31;3.86) dan apabila WBGTeff meningkat (OR: 1.71, 95% SK: 1.02;2.87). Melalui kajian ini, faktor fisiologi dan tingkahlaku adalah signifikan selain faktor persekitaran di dalam meramalkan penyakit berkaitan haba dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Pengesanan individu berisiko tinggi, langkah pencegahan yang menjurus kepada tingkahlaku mengambil air minuman dan pemantauan tahap hidrasi melalui warna urin boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada persekitaran kerja yang panas. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah" |
| Pages: | 156 |
| Call Number: | QT150.Z39d 2018 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783586 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Dedahan haba persekitaran dan faktor peramal penyakit berkaitan haba dalam kalangan pekerja pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Partial | 4.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.