Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783481
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Fareed Mohd Sairi, Dr.en_US
dc.contributor.advisorFathul Karim Sahrani, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAsmat Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurathirah Mat Nasir (P84086)en_US
dc.date.accessioned2026-05-22T03:32:19Z-
dc.date.available2026-05-22T03:32:19Z-
dc.date.issued2023-08-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783481-
dc.description.abstractAir balast merupakan salah satu vektor penting dalam pemindahan dan penyebaran pelbagai spesies invasif dan patogen ke perairan tempatan. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan risiko pelepasan spesies patogenik bawaan air balast khususnya Vibrio spp. masih terhad di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menciri dan mengenal pasti spesies Vibrio berpotensi patogenik dari air balast, mengenal pasti gen terkait kevirulenan spesies Vibrio terpilih (Vibrio alginolyticus) berdasarkan analisis genom dan meramal interaksi sebatian fenolik ke atas faktor kevirulenan terpilih (hemolisin termolabil, VaTLH) melalui analisis pengedokan. Pengenalpastian awal Vibrio dari sampel air balast dilakukan berdasarkan beberapa ujian biokimia seperti pewarnaan Gram, ujian oksidase, katalase, fermentasi glukosa, motiliti dan kerentanan terhadap agen vibrio statik O129. Pencirian pencilan Vibrio yang berpotensi patogen seterusnya dijalankan dengan menguji kehadiran faktor-faktor terkait dengan kevirulenan seperti hemolisis, protease, lipase dan pembentukan biolapisan serta ujian kerintangan antibiotik. Pencilan Vibrio yang menunjukkan ciri-ciri kevirulenan kemudiannya dikenal pasti berdasarkan agar kromogenik dan penjujukan gen 16S rRNA. Sebanyak 154 pencilan Vibrio telah disaring dan 24 daripadanya menunjukkan tindak balas positif terhadap kesemua faktor kevirulenan yang diuji serta mempunyai nilai indeks Antibiotik Pelbagai Rintang (MAR) > 0.2. Berdasarkan penjujukan gen 16S rRNA, pencilan-pencilan Vibrio yang berpotensi patogen ini dikenal pasti sebagai V. alginolyticus (n=16), V. fluvialis (n=7) dan V. harveyi (n=1). Seterusnya, bagi pengenalpastian gen-gen kevirulenan melalui analisis genom, V. alginolyticus (diwakili oleh VaBW13) telah dipilih kerana spesies ini paling banyak ditemui di dalam sampel air balast. Hasil analisis genom menunjukkan kehadiran tujuh kumpulan gen terkait dengan faktor kevirulenan seperti pelekatan, antifagositosis, kemotaksis dan motiliti, pengambilan ion ferum, penderiaan kuorum, sistem rembesan dan toksin. Selain itu, gen-gen kerintangan antibiotik yang mensasarkan sembilan kumpulan antibiotik (beta laktam, tetrasiklin, kuinolon, makrolida, sulfonamida, trimetoprim, streptomisin, fosfomisin dan kumpulan gen kerintangan pelbagai ubat antibiotik) turut dikenal pasti. Hemolisin seterusnya dipilih dalam analisis pengedokan untuk melihat interaksi sebatian fenolik ke atas VaTLH kerana kepentingan toksin ini sebagai faktor kevirulanan utama bagi spesies Vibrio. Hasilnya, apigenin, epigallocatechin gallate (EGCG), asid rosmarinik, mirisetin, scutellarin, kurkumin dan rutin menunjukkan interaksi perlekatan pada tapak aktif VaTLH dengan nilai pelekatan tenaga paling rendah iaitu dibawah -8.0 kcal/mol. Kesimpulannya, air balast berisiko membawa masuk Vibrio spp. berpotensi patogen dan perlu diambil kira dalam penilaian risiko pelepasan air balast oleh Jabatan Laut Malaysia. Selain itu, kajian ini mencadangkan keupayaan beberapa sebatian fenolik untuk merencat aktiviti hemolisin yang mana mungkin boleh dijadikan asas dalam inovasi pembangunan agen terapeutik terhadap jangkitan patogen.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsAccess Terbuka/Open Access-
dc.subjectVibrioen_US
dc.subjectVibrio infectionsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengenalpastian dan pencirian Vibrio spp. yang berpotensi patogenik daripada air balast serta pengedokan sebatian fenolik terhadap hemolisin temolabil Vibrio alginolyticus (VaTLH)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages177en_US
dc.identifier.callnoQR82.S6.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007745en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.