Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783477
Title: Pemetaan model pengukuran dan struktur menerusi gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan kemahiran metakognitif terhadap pencapian prestasi Bahasa Melayu pelajar Sijil Vokasional Malaysia
Authors: Lili Sunaini Hj Ramli (P101480)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Mohd Azlan Mis, Prof. Madya Dr.
Keywords: Learning strategies -- Malaysia
Study skills -- Malaysia
Metacognition
Vocational education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2025
Abstract: Pencapaian Bahasa Melayu pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) masih berada pada tahap sederhana, seperti yang dilaporkan dalam keputusan peperiksaan kebelakangan ini. Kesukaran pelajar menguasai kemahiran menganalisis dan memahami teks menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, kurangnya penggunaan strategi pembelajaran yang sesuai serta tahap kesedaran metakognitif yang rendah dalam kalangan pelajar SVM turut membatasi keberkesanan penguasaan bahasa. Keadaan ini membimbangkan kerana penguasaan Bahasa Melayu yang lemah boleh menjejaskan keupayaan pelajar SVM untuk berkomunikasi dengan baik serta mengekang perkembangan akademik dan profesional pada masa hadapan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan kemahiran metakognitif di samping mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian Bahasa Melayu pelajar SVM dan peranan kemahiran metakognitif sebagai pengantara pada hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar terhadap pencapaian Bahasa Melayu pelajar SVM. Kajian ini melibatkan seramai 297 orang responden di lapan buah KV di negeri Pahang melalui proses pemilihan sampel daripada penglibatan 1334 orang pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain yang diwakili oleh suku Orang Asli. Kajian ini berlandaskan Model Gaya Pembelajaran Selmes (1987), Kemahiran Belajar Yahya (2003) dan Kemahiran Metakognitif O’neil dan Abedi (1996). Inventori Gaya Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987), Kemahiran Belajar Yahya (2003) dan Inventori Metakognitif O’Neil dan Abedi (1996) digunakan untuk mengukur gaya pembelajaran pelajar manakala pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diukur berdasarkan Peperiksaan Akhir (PA) semester 2 bagi Tahun 1 SVM. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif berbantukan perisian SPSS dan analisis inferensi menggunakan PLS-SEM berbantukan perisian Smart PLS 3.0. Analisis deskriptif menunjukkan tahap gaya pembelajaran responden pada tahap tinggi manakala kemahiran belajar dan kemahiran metakognitif pada tahap sederhana. Hasil pengujian hipotesis mendapati Hₐ1, Hₐ2, Hₐ4 dan Hₐ5 diterima manakala Hₐ3, Hₐ6 dan Hₐ7 adalah ditolak. Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar menjadi faktor bagi pencapaian pelajar manakala kemahiran metakognitif tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Kajian mendapati kemahiran metakognitif bukanlah pengantara pada hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar terhadap pencapaian pelajar. Hasil analisis nilai R²=0.098 menunjukkan pemboleh ubah gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan kemahiran metakognitif mempunyai pengaruh yang lemah terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Namun, gaya pembelajaran penyumbang utama pada pencapaian pelajar. Nilai Q²=0.075 menunjukkan pemboleh ubah gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan kemahiran metakognitif berupaya bertindak sebagai faktor adalah relevan. Analisis IPMA menunjukkan pemboleh ubah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar adalah sangat penting dan berprestasi dalam meningkatkan pencapaian pelajar dan kemahiran metakognitif pula dapat dirumuskan sebagai kurang penting tetapi masih berprestasi yang sangat memuaskan. Kajian ini memberi impak yang signifikan bagi peningkatan keberkesanan strategi pembelajaran, pemerkasaan kemahiran metakognitif di samping sebagai penanda keberhasilan prestasi Bahasa Melayu serta memperkukuh pendekatan PdP Bahasa Melayu dalam sistem TVET yang mempunyai kemahiran berbahasa yang boleh diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.
Pages: 383
Call Number: LB1066.L559 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783477
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.