Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783395
Title: Faktor kecenderungan pembelajaran sepanjang hayat dan kesannya ke atas kompetensi profesional guru
Authors: Nur Sheilla Saida Abdullah (P112830)
Supervisor: Sheerad Sahid, Dr.
Keywords: Continuing education
Educational psychology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations -- Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jun-2024
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dan kesan PSH terhadap kompetensi profesionalisme guru. Aspek yang dikaji adalah faktor ekonomi, faktor kerjaya dan faktor sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan rekabentuk tinjauan. Borang soal selidik diedarkan kepada 305 orang responden yang terdiri daripada guru- guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua sampel kajian merupakan guru yang memiliki kelayakan akademik peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Kajian ini menggunakan kaedah Persampelan Rawak Berlapis. Analisis statistik deskriptif dan inferensi daripada perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)26 digunakan bagi menjawab hipotesis kajian. Ujian Cronbach Alpha bagi semua pembolehubah faktor ekonomi, faktor sosial, faktor kerjaya, PSH dan kompetensi profesionalisme guru adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan faktor demografi tidak mempengaruhi kecenderungan PSH guru. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor kerjaya mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kecenderungan PSH guru. Kesemua pembolehubah berada pada tahap yang tinggi kecuali faktor ekonomi yang berada ditahap yang sederhana dan faktor kerjaya merupakan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi kecenderungan PSH guru. Dapatan daripada analisis regresi linear turut menunjukkan bahawa PSH mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi profesional guru. Sehubungan itu, amalan PSH melalui aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan haruslah diberi keutamaan sewajarnya oleh pemegang taruh dalam setiap peringkat pengurusan pendidikan di Malaysia. Guru perlu sentiasa diberi galakan, peluang dan bantuan pembiayaan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah ke arah melahirkan guru yang lebih berkualiti.
Pages: 162
Call Number: LC5215.N837 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783395
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor kecenderungan pembelajaran sepanjang hayat dan kesannya terhadap kompetensi profesional guru.pdf
  Restricted Access
Full-text2.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.