Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783289Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd. Idris Md. Noor, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nawal Shuhaida Mohd Pauzi (P20673) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-13T04:07:38Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-13T04:07:38Z | - |
| dc.date.issued | 2002-10-01 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783289 | - |
| dc.description.abstract | Keganasan rumahtangga atau penderaan isteri telah lama mendapat perhatian di Barat dan kajian mengenainya telah bermula sejak tahun 1950 an lagi. Sebaliknya, di Malaysia pendedahan fenomena ini masih begitu kurang diberi perhatian. Satu kajian kes kawalan telah dijalankan berdasarkan kes yang dirujuk di Jabatan Kebajikan Perubatan, Hospital Kuantan dan Hospital Kuala Lumpur pada Jun 2001 hingga Mac 2002. Seramai 80 responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini di mana 40 responden diklasifikasi sebagai kumpulan kes yang merupakan isteri-isteri yang mengalami keganasan fizikal dan selebihnya adalah kumpulan kawalan yang terdiri daripada kakitangan kedua-dua hospital dan syarikat pembersihan di hospital yang tidak mengalami keganasan fizikal. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keganasan fizikal terhadap isteri seperti personaliti negatif suami, personaliti negatif isteri, jangkamasa perkahwinan yang singkat, pengambilan alkohol, dadah dan amalan berjudi, latarbelakang suami, tekanan kerja, masalah anak, masalah kewangan dan tahap pendidikan rendah. Hasil kajian analisis univariat mendapati faktor-faktor seperti personaliti negatif suami (OR 22.22 CI 6.20-85.67), personaliti negatif isteri (OR 12.43 CI 3.81-42.57), amalan berjudi kalangan suami (OR 6.64 CI 1.55-32.62) dan masalah-masalah lain (OR 9.47 CI 2.75-34.64) mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala, faktor umur pasangan sewaktu berkahwin, tahap pendidikan rendah, jangkamasa perkahwinan singkat, latarbelakang keganasan keluarga suami, tekanan kerja, masalah kewangan dan masalah anak tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Di samping itu, hasil kajian analisis multivariat juga mendapati faktor risiko yang sama dengan hasil kajian analisis univariat. Kesimpulannya, faktor yang mempengaruhi keganasan fizikal banyak berpunca daripada personaliti dan sikap suami tetapi personaliti isteri juga turut memainkan peranan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Spouse Abuse -- prevention and control | en_US |
| dc.subject | Domestic Violence -- prevention and control | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Faktor-faktor risiko yang mempengaruhi keganasan fizikal menurut persepsi isteri di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Kuala Lumpur. Satu kajian kes kawalan | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 56 | en_US |
| dc.identifier.callno | HV6626.M4 M328f 2002 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00001386072 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor-faktor risiko yang mempengaruhi keganasan fizikal menurut persepsi isteri di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Kuala Lumpur ; Satu kajian kes kawalan.pdf Restricted Access | Partial | 2.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.