Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783240Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Mohd Faizulamri bin Mohd Saad, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Ameer Areff Iskandar Mohd Azhar (P111440) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-07T01:31:39Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-07T01:31:39Z | - |
| dc.date.issued | 2025-07-18 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783240 | - |
| dc.description.abstract | Al-Qur’an merupakan sumber rujukan bagi umat manusia dalam hal berkaitan dengan sosial, perundangan, ibadah, dan seumpamanya. Semua lapisan masyarakat Muslim Muslim wajib memelihara ayat suci al-Qur’an daripada dihina secara zahir mahupun batil. Namun begitu, masyarakat Muslim hanya memberi penghormatan terhadap teks al-Qur’an yang masih baru sahaja. Hal ini menyebabkan berlakunya pembuangan mushaf al-Qur’an yang rosak di kawasan yang kotor sekaligus mengakibatkan penghinaan terhadap agama Islam. Selain itu, pelupusan teks al-Qur’an di Malaysia menggunakan kaedah pembakaran dan pembuangan abu ke dalam laut. Walau bagaimanapun, kaedah pelupusan tersebut perlu diteliti semula kerana memberikan kesan pencemaran udara dan laut jika tidak dikawal dengan sebaiknya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fatwa pelupusan teks al-Qur’an dan bahan yang mengandungi ayat suci al-Qur’an di dunia Islam dan di Malaysia, mengkaji kepentingan pelupusan berasaskan kaedah teknologi hijau dalam proses melupuskan teks al-Qur’an, dan menganalisis tahap pengetahuan masyarakat Muslim di Selangor tentang pelupusan teks al-Qur’an di Malaysia serta analisis hubungan antara tahap pendidikan dengan pengetahuan masyarakat di Selangor terhadap pelupusan teks al-Qur’an. Metode yang digunakan dalam kajian ini menerusi reka bentuk kuantitatif dengan edaran borang soal selidik kepada masyarakat Muslim di Selangor. Seramai 242 orang responden telah dipilih secara rawak dan data dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati faktor demografi masyarakat Muslim di Selangor sangat signifikan. Pengetahuan masyarakat Muslim di Selangor berada tahap sederhana selari dengan garis panduan sedia ada. Sehubungan itu, kaedah nyahdakwat (deinking) mampu menjana ekonomi pencetakan dengan mengitar semula teks al-Qur’an. Kajian ini mampu memberi panduan dan pendedahan kepada masyarakat Muslim mengenai tatacara pengurusan pelupusan teks al-Qur’an yang rosak di Malaysia dan kepada industri pelupusan teks al-Qur’an mengenai kaedah nyahdakwat (deinking) bagi mengurangkan kos serta menjaga alam sekitar. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Refuse and refuse disposal -- Technological innovations | en_US |
| dc.subject | Green technology | en_US |
| dc.subject | Qur'an -- Manuscripts -- Management | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Tahap pengetahuan masyarakat Muslim terhadap pelupusan teks al-Qur'an melalui teknologi hijau di Selangor | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 152 | en_US |
| dc.identifier.callno | BP130.A464 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007797 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Tahap pengetahuan masyarakat muslim terhadap pelupusan teks Al quran melalui teknologi hijau di Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 821.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.