Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783075
Title: Keberkesanan pendekatan latihan berbanding latihan keseluruhan bagi aktiviti berdiri dari duduk terhadap kekuatan otot, prestasi kefungsian dan kualiti hidup individu pasca-strok
Authors: Nancy Anne Josop (P125232)
Supervisor: Nor Azlin Mohd Nordin, Prof Madya Dr.
Mohd Azzuan Ahmad, Dr.
Keywords: Stroke
Muscle Weakness
Postural Balance
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2026
Abstract: Strok merupakan penyebab utama ketidakupayaan jangka panjang di seluruh dunia, dengan majoriti pesakit mengalami kelemahan otot, masalah keseimbangan, dan kesukaran melakukan aktiviti harian. Salah satu intervensi penting dalam pemulihan strok ialah latihan berdiri-dari-duduk (BDD), namun variasi dalam preskripsi latihan dan keberkesanan pendekatan latihan bahagian berbanding latihan keseluruhan masih menimbulkan persoalan tentang keberkesanan optimum. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa; Fasa 1 ialah ulasan sistematik dan analisis meta terhadap 10 ujikaji terkawal rawak (UTR) melibatkan 384 individu pasca-strok, dan Fasa 2 merupakan UTR membandingkan keberkesanan latihan bahagian (n=18) dan latihan keseluruhan (n=18) dalam melatih aktiviti BDD terhadap prestasi BDD, kekuatan otot, kekuatan fungsi anggota bawah, keseimbangan, dan kualiti hidup individu pasca-strok menggunakan Skala Motor Assessment, Hand Held Dynamometer, ujian Five Times Sit-to-Stand (5TSTS), ujian Timed Up and Go (TUG), dan soal selidik Stroke-Specific Quality of Life (SS-QOL). Analisis ANOVA dua hala campuran (two-way mixed ANOVA), ujian Friedman’s dan Mann Whiteney U digunakan untuk menilai kesan intervensi. Hasil ulasan sistematik dan analisis meta yang dijalankan menurut garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA-P); mendapati latihan BDD meningkatkan keseimbangan, mobiliti fungsian, dan prestasi BDD secara signifikan berbanding rawatan konvensional, walaupun terdapat kepelbagaian dalam preskripsi latihan. Kajian UTR menunjukkan kesan masa yang signifikan dalam semua keberhasilan sasaran. Walaupun tiada kesan interaksi yang signifikan, kumpulan latihan bahagian menunjukkan peningkatan skor min yang lebih tinggi bagi kekuatan otot kuadrisep kiri (1.76(1.92)) dan kanan (1.34(1.51)), otot gluteus kanan (1.20(1.10)), masa 5TSTS (-3.40(1.92)) dan skor SS-QOL (+14.4(7.58)). Penemuan ini mengesahkan keberkesanan latihan BDD sebagai latihan tugas spesifik penting dalam pemulihan strok, dengan bukti bahawa latihan bahagian berpotensi memberi manfaat tambahan khususnya kepada pesakit yang mengalami kesukaran perancangan motor. Sumbangan utama kajian ini adalah menyediakan bukti empirikal dan sintesis menyeluruh yang boleh memandu fisioterapis lakukan rawatan berasaskan bukti dalam pemulihan strok, seterusnya menyokong pembangunan garis panduan klinikal yang lebih standard. Implikasinya, penggabungan latihan BDD dengan pendekatan latihan bahagian disaran bagi meningkatkan keberkesanan pemulihan dan mengoptimumkan kualiti hidup individu pasca-strok.
Notes: e-tesis
Pages: 195
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783075
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan pendekatan latihan bahagian.pdf
  Restricted Access
Full-text128.59 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.