Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783072
Title: Kekurangan tenaga relatif dalam sukan (REDs) dan kaitannya dengan faktor Kesihatan dalam kalangan atlet negara Malaysia
Authors: Muhammad Irfan Haiqal Marzuki (P115924)
Supervisor: Nor Aini Jamil @ A.Wahab, Dr.
Farah Mohamad Fauzi, Dr.
Keywords: Relative energy deficiency
Low energy availability
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Oct-2025
Abstract: Kekurangan tenaga relatif dalam sukan (REDs) akibat ketersediaan tenaga rendah (LEA) boleh menyebabkan gangguan fisiologi serta menjejaskan kesihatan dan prestasi atlet. Kajian ini bertujuan menentukan prevalens risiko REDs dalam kalangan atlet negara dan mengkaji perkaitannya dengan faktor kesihatan. Kajian ini terdiri daipada dua fasa: Fasa 1 Saringan Risiko REDs dan Fasa 2 Penilaian Klinikal Faktor Kesihatan. Fasa 1 menggunakan borang soal-selidik REDs specific screening tool (RST) untuk mengenal pasti atlet berisiko. Atlet dengan risiko sederhana dan tinggi kemudiannya menjalani penilaian klinikal dalam Fasa 2. Kadar metabolik rehat (RMR) diukur menggunakan kalorimetri tidak langsung (TrueOne 2400, Parvo Medics, Sandy, Amerik Syarikat), dan nisbah RMR (<0.90) digunakan sebagai proksi untuk LEA. Manakala komposisi tubuh dan ketumpatan mineral tulang (BMD) di bahagian lumbar dan pinggul kiri diukur menggunakan dual-energy X-ray absorptiometry (DXA) (Hologic A, Horizon DXA System, Amerika Syarikat). Sampel darah berpuasa dianalisis untuk aras feritin, free triiodothyronine (fT3), follicle-stimulating hormone (FSH), luteinizing hormone (LH), estradiol (atlet wanita sahaja), dan testosteron (lelaki). Sebanyak 209 atlet dari pelbagai sukan telah menyertai Fasa 1, dengan 69.4% menunjukkan risiko sederhana dan tinggi REDs. Atlet wanita (40.7%), sukan kelas berat badan (24.4%) dan sukan berkala (22.0%) mencatat prevalens risiko yang lebih tinggi berbanding atlet lelaki dan kategori sukan lain. Dalam Fasa 2, seramai 43 atlet menjalani penilaian klinikal, dan 12 daripadanya didapati mengalami LEA dengan sekurang-kurangnya satu ciri berikut: aras estradiol rendah (87.5%), testosteron rendah (75.0%), fT3 rendah (66.7%), LH rendah (58.3%), FSH rendah (58.3%), ferritin rendah (25.0%) dan BMD rendah (8.3%). Aras fT3, estradiol, dan testosteron mempunyai perkaitan yang signifikan dengan LEA. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai prevalens REDs dan LEA dalam kalangan atlet Malaysia serta perkaitannya dengan kesihatan. Penemuan ini menekankan kepentingan saringan awal REDs dalam kalangan atlet bagi membolehkan intervensi dan pencegahan yang efektif.
Notes: e-tesis
Pages: 141
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783072
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kekurangan tenaga relatif dalam sukan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.73 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.