Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782860
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzimatun Noor Aizuddin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSharifah Ezat Wan Puteh, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorSyuhada Hamzah (P96836)en_US
dc.date.accessioned2026-03-31T03:45:22Z-
dc.date.available2026-03-31T03:45:22Z-
dc.date.issued2026-03-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782860-
dc.description.abstractPrestasi doktor pelatih dalam latihan siswazah perubatan merupakan prasyarat penting bagi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Walaupun pelbagai inisiatif penambahbaikan telah dilaksanakan, sebahagian prestasi masih tidak memuaskan. Kajian ini bertujuan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi tidak memuaskan dalam kalangan doktor pelatih di Malaysia. Reka bentuk kajian ialah kajian campuran penjelasan berjujukan (Explanatory Sequential Mixed-Methods): fasa kuantitatif melibatkan analisis regresi logistik terhadap data kebangsaan meliputi 5,829 doktor pelatih, diikuti fasa kualitatif dengan temu bual mendalam melibatkan 20 doktor pelatih untuk memperincikan faktor risiko yang dikenal pasti. Analisis kuantitatif menunjukkan bahawa umur >25 tahun (OR=1.151, 95% CI [1.007-1.315], p=0.039), ketiadaan tajaan pembiayaan pengajian (OR=1.318, 95% CI [1.056-1.313], p=0.026), menjalani latihan jauh daripada wilayah asal (OR=1.365, 95% CI [1.109-1.680], p=0.001), dan pelanjutan tempoh latihan (OR=11.004, 95% CI [9.662-12.532], p<0.001) didapati meningkatkan risiko prestasi tidak memuaskan; manakala latihan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didapati mengurangkan risiko tersebut dengan OR=0.767, 95% CI [0.589-0.999], p=0.049. Dapatan kualitatif menghasilkan lima tema, 18 subtema dan 118 kod yang mengesahkan serta menerangkan mekanisme bagaimana faktor-faktor tersebut mempengaruhi prestasi doktor pelatih. Kesimpulannya, prestasi doktor pelatih dipengaruhi oleh interaksi antara faktor pelatih, latar belakang akademik, struktur latihan siswazah, dan persekitaran tempat kerja. Dapatan ini menunjukkan keperluan kepada sistem latihan siswazah perubatan yang lebih bersedia masa hadapan, iaitu sistem yang berasaskan pengenalpastian risiko awal, latihan yang adaptif, dan mekanisme pemulihan kompetensi tanpa stigma bagi menyokong prestasi doktor pelatih secara lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInternship and Residency -- statistics & numerical dataen_US
dc.subjectWork Performanceen_US
dc.titleKajian campuran untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi doktor pelatih di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages222en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian campuran untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi doktor pelatih di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.24 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.