Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782858| Title: | Aktiviti di waktu senggang : faktor-faktor yang mempengaruhinya dan hubungannya dengan kualiti hidup warga tua di Selangor |
| Authors: | Halimatus Sakdiah Minhat (P51705) |
| Supervisor: | Rahmah Mohd Amin, Prof. Madya Dr. Khadijah Shamsudin, Prof. Dr. |
| Keywords: | Quality of Life Life Style Hobbies Aged |
| Issue Date: | 26-Feb-2013 |
| Abstract: | Warga tua yang lebih aktif melakukan aktiviti di waktu senggang lebih berkemungkinan memperolehi kualiti hidup yang lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti di waktu senggang dan hubungan di antara penglibatan tersebut dengan kualiti hidup warga tua berumur 60 tahun ke atas, yang dipilih secara purposif dari lapan Klinik Kesihatan dalam empat daerah di negeri Selangor. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik berstruktur yang dikendalikan secara temubual bersemuka, yang telah melibatkan 268 responden warga tua. Tahap penglibatan mereka dalam empat kategori aktiviti di waktu senggang, iaitu aktiviti rekreasi, kognitif, sosial dan produktif telah diukur. Aktiviti sosial didapati merupakan kategori aktiviti yang paling popular, manakala aktiviti rekreasi adalah paling kurang popular. Aktiviti yang paling kerap dilakukan setiap hari adalah berehat sambil bersembang (78.7%), menonton televisyen (74.6%) dan membaca (63.4%), sementara 99.6% melaporkan tidak pernah bermain golf. Hubungan yang signifikan ditunjukkan di antara tahap penglibatan warga tua dalam aktiviti di waktu senggang semasa muda dan sekarang (X2 = 62.713, p<0.001), terutamanya untuk aktiviti kognitif (p=0.015), sosial (p=0.008) dan produktif (p=0.004). Model peramal yang diperolehi menunjukkan bahawa persepsi sokongan yang diperolehi daripada rakan adalah faktor peramal signifikan yang terkuat untuk penglibatan aktiviti di waktu senggang yang melibatkan keempat-empat kategori aktiviti. Ini telah disokong oleh hasil temubual secara mendalam yang juga menunjukkan kewujudan dan ketiadaan rakan sebagai faktor pendorong dan pengekang yang penting terhadap penglibatan dalam aktiviti di waktu senggang dalam kalangan warga tua. Korelasi di antara empat kategori aktiviti dan dua komponen kualiti hidup adalah lemah (r<0.3). Model peramal kualiti hidup menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan di antara aktiviti di waktu senggang dan kualiti hidup warga tua. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran faktor-faktor lain, hubungan signifikan tersebut hanya ditunjukkan di antara aktiviti rekreasi dan komponen fizikal. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa, interaksi sosial dalam kalangan warga tua merupakan satu elemen yang penting dan harus diberi tekanan dalam sebarang program berkaitan warga tua dan usaha untuk mempromosikan penglibatan aktiviti di waktu senggang dalam kalangan mereka. Di samping itu, generasi muda juga harus dilibatkan untuk memastikan penglibatan dalam aktiviti di waktu senggang pada usia tua. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dijangkakan dapat memberi manfaat dan boleh digunakan oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menggubal polisi berkaitan warga tua seperti menyediakan perkhidmatan rekreasi dan pengangkutan yang bersesuaian untuk kegunaan warga tua dan juga menambahbaik program kesihatan warga tua yang sedia ada. Ini termasuk mempromosikan aktiviti lain selain aktiviti fizikal yang juga boleh melibatkan warga tua yang mempunyai kecelaan fizikal. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah" |
| Pages: | 262 |
| Call Number: | WB100.A597c 2012 n.2 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782858 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Aktiviti di waktu senggang faktor-faktor yang mempengaruhinya dan hubungannya dengan kualiti hidup warga tua di Selangor..pdf Restricted Access | Partial | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.