Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782857
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyed Mohamaed Aljunid, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaperi Sulung, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorAniza Ismail (P42720)en_US
dc.date.accessioned2026-03-31T03:12:50Z-
dc.date.available2026-03-31T03:12:50Z-
dc.date.issued2012-09-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782857-
dc.description.abstractCarta alir klinikal (CK) diperkenalkan baru-baru ini di kebanyakan negara maju dengan hasil yang pelbagai ke atas kos dan kualiti jagaan kesihatan. CK ditakrifkan sebagai carta alir rawatan pesakit yang lengkap dengan kandungan rawatan yang berdasarkan rawatan terbaik dan berasaskan bukti perubatan yang ditemui. CK mencakupi semua aktiviti dan proses dalam merawat sesuatu penyakit dan dipersetujui oleh ahli pasukan dari pelbagai disiplin yang terlibat dalam memberi rawatan kepada pesakit pada jangka waktu yang telah ditetapkan. Objektif utama kajian adalah untuk membentuk, melaksana dan menilai keberkesanan CK. Kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan keratan rentas telah dijalankan di Pusat Perubatan UKM mulai April 2009 sehingga Disember 2010. Kos dan hasil rawatan pesakit yang dirawat menggunakan CK (kumpulan CK) dibandingkan dengan pesakit yang menggunakan rawatan sedia ada (kumpulan tanpa CK). Melalui usaha kerjasama antara PPUKM dan UNU-IIGH, empat CK telah dibentuk dan dilaksanakan. CK tersebut adalah untuk rawatan Infarksi Miokardium dengan elevasi segmen ST (STEMI), pembedahan gantian sendi lutut secara elektif (TKR), rawatan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) dan pembedahan cesarean secara elektif (LSCS). Hasil kajian mendapati pesakit dalam kumpulan CK, mempunyai purata tinggal di hospital yang lebih pendek secara signifikannya berbanding dengan kumpulan tanpa CK. Bagi STEMI purata tinggal di hospital adalah 5.52±1.42 hari untuk pesakit dalam kumpulan CK berbanding 8.15±2.25 hari untuk pesakit tanpa CK (P=0.001). Bagi LSCS purata tinggal pesakit dalam kumpulan CK adalah 4.04±0.61 hari berbanding 4.99±2.92 hari untuk pesakit tanpa CK (P=0.001). Untuk kes COPD, purata tinggal pesakit kumpulan CK adalah 5.83±1.92 hari berbanding 7.31±2.75 hari untuk pesakit tanpa CK (P=0.001). Kos untuk satu episod rawatan juga adalah rendah secara signifikannya bagi kumpulan CK berbanding kumpulan tanpa CK untuk tiga penyakit (STEMI, elektif LSCS dan COPD). Tiada perbezaan yang signifikan dalam kadar komplikasi, kemasukan semula dan kematian antara kumpulan CK dan kumpulan tanpa CK. Hasil positif dari kajian ini amatlah memberangsangkan dan adalah dicadangkan agar penggunaan CK diperkembangkan untuk kes-kes lain di PPUKM. Antara faktor kejayaan dalam pelaksanaan CK termasuklah kerjasama berpasukan yang erat dan efektif, kadar komplian yang tinggi dan pemantauan yang berterusan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCommunity Health Servicesen_US
dc.subjectCritical Pathways -- standardsen_US
dc.subjectCost-Effectiveness Analysisen_US
dc.subjectTreatment Outcomeen_US
dc.titleCarta alir klinikal : impak ke atas kos dan kualiti rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages240en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.H172a 2013 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002052697en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Carta alir klinikal impak ke atas kos dan kualiti rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial996.9 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.