Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782856| Title: | Umur vaskular pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinya |
| Authors: | Shafizah Ahmad Shafei (P57082) |
| Supervisor: | Noor Hassim Ismail, Prof. Dr. Norfazilah Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Public Health Heart Disease Risk Factors Noise, Occupational |
| Issue Date: | 3-Mar-2017 |
| Abstract: | Satu kajian keratan rentas telah dijalankan dalam kalangan pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising yang melibatkan pelbagai industri di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada Disember 2012 hingga Ogos 2013. Objektif kajian adalah untuk menentukan umur vaskular (UV) dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinya. Seramai 334 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan ini. UV responden telah ditentukan menggunakan photopletysmograph (PPG). Regresi logistik mudah (RLM) dan regresi logistik berganda (RLB) telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi UV para pekerja yang terdedah kepada bunyi bising berdasarkan data yang telah diperolehi daripada data pendedahan bunyi bising peribadi dan soal selidik. Secara amnya prevalens UV tinggi dalam kalangan pekerja adalah 42.8%. Pekerja yang terdedah kepada bunyi bising < 85 dB dan ≥ 85 dB adalah masing- masing pada 53.0% dan 47.0%. RLM menunjukkan setiap penambahan 1 tahun umur kronologi individu boleh meningkatkan ods UV sebanyak 0.13% (p=0.046); setiap penambahan 1mmHg tekanan darah sistolik, ods UV berkurang sebanyak 0.13% (p<0.001); setiap peningkatan 1mmHg tekanan darah diastolik, ods UV bertambah sebanyak 0.30% (p<0.001) dan setiap peningkatan 1 unit METS aktiviti berjalan/ berbasikal, ods UV dikurangkan sebanyak 0.63% (p=0.013). Walau bagaimanapun, RLB menunujukkan hubungan yang signifikan antara UV dan tekanan darah diastolik, IJT dan aktiviti berjalan/ berbasikal yang menjelaskan 14.9% daripada variabel bersandar. RLB menunjukkan setiap peningkatan 1mmHg tekanan darah diastolik, ods UV bertambah sebanyak 0.32% (p<0.001); setiap penambahan 1 kg/m2 IJT, ods UV berkurang sebanyak 0.46% (p<0.001) dan setiap peningkatan 1 unit METS aktiviti berjalan/ berbasikal, ods UV berkurang sebanyak 0.60% (p=0.019). Tiada hubungan yang signifikan antara UV dengan bunyi bising, kepatuhan pemakaian alat perlindungan pendengaran, stres dan faktor risiko kardiovaskular yang lain (merokok. IJT, corak pemakanan dan aktiviti fizikal). Kesimpulannya, UV para pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dipengaruhi oleh faktor tekanan darah diastolik, IJT dan aktiviti berjalan/ berbasikal. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah" |
| Pages: | 143 |
| Call Number: | WA20.5.S525u 2017 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782856 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Umur vaskular pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinya.pdf Restricted Access | Partial | 1.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.