Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782854
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamal Hisham Hashim, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZaleha Md. Isa, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAminnuddin Ma’pol (P62208)en_US
dc.date.accessioned2026-03-31T02:39:54Z-
dc.date.available2026-03-31T02:39:54Z-
dc.date.issued2017-07-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782854-
dc.description.abstractTujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap FeNO dalam kalangan pelajar sekolah menengah 14 tahun di Terengganu, Malaysia, tanpa mengambil kira jantina, status asma dan pendedahan alergen. Bilik darjah kekal merupakan salah satu tempat yang paling biasa di mana pendedahan kepada alergen boleh berlaku. Penggunaan ukuran FeNO dalam rawatan klinikal asma semakin diterima-pakai. FeNO bukan sahaja penanda biologi pernafasan yang mesra pengguna, tidak invasif dan boleh mengukur secara mudahalih, tetapi juga dapat mengesan perubahan awal radang saluran pernafasan. Pelajar dipilih secara rawak dari kelas dan sekolah menengah yang terpilih di Terengganu. Borang soal selidik dengan soalan yang telah disahkan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan rumah, persekitaran sekolah, gejala asma dan status alergi. Pengukuran FeNO dan ujian tusukan kulit telah dijalankan. Daripada 487 pelajar, hanya 365 pelajar telah dibenarkan oleh ibubapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan. Majoriti daripada responden adalah Melayu (99.0%), perempuan (62.6%) dan tidak merokok (96.3%). Prevalens asma adalah 11.1%, di mana 6.0% sedang menggunakan ubat asma. Paras purata geometri FeNO adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang menghidap asma yang didiagnosa oleh doktor (23.2 ppb vs 16.1 ppb) dan pelajar yang sensitif terhadap Derm. pteronysinus dan Derm. farinae (22.9 ppb vs 14.3 ppb) dan (23.8 ppb vs 14.2 ppb). Ketinggian (b = 0.01, p = 0.009), pelajar lelaki (b = 0.07, p = 0.02), berat habuk dalam kelas (b = 0.10, p=0.04, alergi terhadap Derm. farinae (b = 0.21, p = <0.001), dan sejarah alergi kepada kucing (b=0.23, p<0.001) menunjukkan perhubungan kepada peningkatan paras FeNO. Interaksi antara kepelbagaian latar belakang pelajar dan pendedahan bahan alergen yang berbeza memberi kepelbagaian kesan tindakbalas inflamasi saluran pernafasan pelajar. Pencegahan awal pendedahan bahan alergen merupakan langkah penting dalam pengurusan penyakit asma untuk jangkamasa panjang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFractional Exhaled Nitric Oxide Testing -- statistics & numerical dataen_US
dc.subjectAdolescenten_US
dc.titleFaktor demografi pelajar dan persekitaran sekolah yang mempengaruhi paras FeNO dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Terengganu, Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages184en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.A517f 2017 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002191540en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Kesihatan Masyarakaten_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.