Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782849Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | 'Azlin Muhammad @ Mohd Yasin, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Rozliana Hanim Mat Hasan (P76981) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-03-27T07:55:16Z | - |
| dc.date.available | 2026-03-27T07:55:16Z | - |
| dc.date.issued | 2021-01-29 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782849 | - |
| dc.description.abstract | Data dan maklumat berkaitan prevalen mikrosporidiosis di kalangan individu yang sihat amat terhad di Malaysia. Ini adalah kerana kajian terhadap mikrosporidia seringkali difokuskan kepada pesakit yang terimunokompromi serta populasi Orang Asli. Tambahan lagi, kebanyakan kajian terdahulu menggunakan kaedah mikroskopi sahaja dalam metodologi pengesanan yang menyebabkan tidak banyak diketahui mengenai spesies mikrosporidia yang menjangkiti individu di dalam komuniti. Justeru, kajian ini telah dilakukan terhadap komuniti pelajar sekolah rendah Melayu yang sihat berusia lapan (8) hingga sebelas (11) tahun di dua buah sekolah di kawasan pedalaman daerah Besut, Terengganu bagi menentukan prevalen serta faktor risiko yang menyumbang kepada jangkitan mikrosporidia. Objektif lain kajian ini adalah untuk membandingkan spesifisiti dan sensitiviti saringan antara dua kaedah iaitu kaedah mikroskopi dengan kaedah tindakbalas rantaian polymerase masa sebenar (RT-PCR) berasaskan SYBR Green sebagai kaedah rujukan. Sebanyak 139 sampel tinja telah diproses dan diwarnakan dengan Gram Chromotrope Kinyoun terubahsuai. Dari jumlah ini, 134 sampel menjalani pemeriksaan mikroskopi dan 130 diuji dengan PCR masa sebenar. Pemeriksaan mikroskopi mendapati, sebanyak 41 (30.6%) sampel tinja adalah positif mikrosporidia berbanding 46 (35.4%) melalui kaedah PCR masa sebenar. Tiga belas (13) produk yang diamplifikasi telah dipilih menjalani pengesahan lanjut melalui penjujukan mendapati, 10 sampel adalah sepadan dengan gen piawai bagi mikrosporidia Sprague lophii small subunit ribosomal RNA gene, partial sequence dengan peratusan identifikasi 76% hingga 96%, 1 sampel sepadan dengan gen RNA 16S ribosomal RNA Kabatana takedai partial sequence manakala 2 lagi sampel sepadan dengan Kabatana sp. TM-2020 CM19 gene for 18S rRNA, partial sequence. Kaedah PCR masa sebenar SYBR Green bagi diagnosis mikrosporidia usus telah berjaya dioptimasi sebagai alternatif kepada kaedah mikroskopi dengan had pengesanan (LOD) 2.06 salinan/µl tindakbalas. Prevalen jangkitan pula nyata sekali lebih tinggi bagi subjek dengan pendapatan keluarga kurang darirpada RM1000 (OR=0.432, 95% CI=0.195,0.954 P=0.038). Pengesahan lanjut melalui analisa logistik regresi telah menunjukkan prevalen dalam kalangan subjek yang melakukan aktiviti mandi sungai/kolam (OR=0.035, 95% CI= 0.117,0.792 dengan nilai p<0.05) adalah faktor risiko yang nyata kepada jangkitan. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat pendedahan terhadap jangkitan mikrosporidiosis dalam kalangan individu sihat. PCR masa sebenar pula boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah alternatif bagi pengesanan mikrosporidiasis. Adalah dicadangkan agar kajian pada masa akan datang lebih fokus kepada individu atau komuniti yang immunokompeten. Ini adalah untuk menambah data dan membantu dalam program kawalan dan pencegahan jangkitan terutamanya kepada populasi immunokompromi yang lebih tinggi risiko untuk mendapat jangkitan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Parasitology | en_US |
| dc.subject | Research | en_US |
| dc.subject | Academic Dissertations as Topic | en_US |
| dc.title | Pengesanan mikrosporidia usus dalam kalangan murid melayu sekolah rendah di daerah Besut, Terengganu menggunakan kaedah tindakbalas berantai polimerase SYBR green masa sebenar | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 138 | en_US |
| dc.identifier.callno | QX20.R893p 2021 9HUKMPRA tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00002247122 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi) | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengesanan mikrosporidia usus dalam kalangan murid melayu sekolah rendah di daerah Besut, Terengganu menggunakan kaedah tindakbalas berantai polimerase SYBR green masa sebenar.pdf Restricted Access | Full-text | 2.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.