Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782848| Title: | Pembangunan dan fisibiliti implementasi pakej "preemie mom" untuk ibu dalam penjagaan bayi pramatang selepas discaj daripada unit rawatan rapi neonatal |
| Authors: | Roshaya Zakaria (P78047) |
| Supervisor: | Rosnah Sutan, Prof Madya. Dr Rohana Jaafar, Prof Dr. |
| Keywords: | Public Health Research Academic Dissertations as Topic |
| Issue Date: | 12-Jun-2019 |
| Abstract: | Penjagaan bayi pramatang perlu diberikan pemerhatian rapi oleh ibubapa atau penjaga selepas discaj hospital bagi memastikan kemandirian bayi. Maklumat penjagaan kesihatan bayi pramatang yang spesifik, tepat serta mudah diikuti sangat terbatas di Malaysia. Kajian semakan yang dijalankan menunjukkan maklumat sedia ada di laman media adalah lebih cenderung kepada sosio budaya dan kemudahan kesihatan untuk negara Barat. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji pakej “preemie mom” bagi kegunaan ibu kepada bayi pramatang selepas bayi discaj dari Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Kaedah pembangunan bahan pendidikan diaplikasikan melalui empat fasa menggunakan model penilaian Stufflebeam iaitu penilaian terhadap konteks, input, proses dan produk (CIPP). Kandungan dan rupa bentuk pakej yang dibangunkan dilakukan dengan penilaian oleh panel pakar dari pakar neonatal, kesihatan primer dan jururawat. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif secara kaedah campuran digunapakai untuk mencapai objektif kajian. Kajian kuantitatif secara kuasi eksperimen dan kualitatif melalui kajian kes dijalankan di NICU, Pusat Perubatan UKM ke atas ibu kepada bayi pramatang yang lahir pada minggu gestasi 28 hingga 36 pada Jan - Jun 2017. Pemilihan responden adalah secara bertujuan. Ujian pra dan pasca dijalankan menggunakan borang soal selidik yang divalidasi bagi menentukan efikasi diri dan persepsi kecekapan diri ibu dalam memberi jagaan kepada bayi pramatang mereka di rumah. Pelaksanaan pakej yang dibangunkan melibatkan fasa intervensi dan susulan pemantauan pada setiap minggu berturut-turut selama empat minggu. Proses pelaksanaan dijalankan ke atas 19 orang ibu sebelum bayi mereka discaj. Hanya seramai 15 orang ibu telah menyempurnakan keseluruhan proses kajian dan 4 orang tercicir pada minggu ke 4 intervensi. Ibu telah diberi tunjuk ajar secara individu semasa fasa intervensi. Senarai semak digunakan untuk menilai kemahiran dan kefahaman ibu dalam melakukan aktiviti penjagaan kepada bayi disepanjang sesi tunjuk ajar. Keupayaan dan komitmen ibu terhadap penjagaan bayi ditentukan melalui penilaian ke atas diari yang disediakan disepanjang empat minggu susulan. Analisa Indeks Kesahan Kandungan bagi item (I-CVI) menunjukkan skor minimum pada nilai 0.85. Bagi penilaian keseluruhan pakej pula, kadar persetujuan ibu untuk fisibiliti intervensi mencapai 93.33%. Ibu juga menunjukkan pencapaian prestasi yang baik berdasarkan hasil senarai semak bagi aktiviti penjagaan bayi ketika sesi tunjuk ajar iaitu 75.42% sehingga 100%. Keputusan bagi pelaksanaan pakej secara kajian kualitatif menghasilkan tema-tema spesifik iaitu 1) efikasi diri; 2) persepsi kecekapan diri; 3) keperluan ibu dan 4) budaya sosial. Keputusan analisa statistik bagi keberkesanan pakej perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian efikasi diri (ujian korelasi r2=0.399) dan persepsi kecekapan diri (ujian korelasi r2=0.901). Secara perincian didapati ibu menunjukkan peningkatan pencapaian yang positif bagi efikasi diri iaitu seramai 13 orang dan 3 orang bagi persepsi kecekapan diri selepas menggunakan pakej. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pakej yang dibangunkan boleh diterimapakai untuk kegunaan ibu kepada bayi pramatang dan ianya mampu meningkatkan persepsi kecekapan diri yang seiring dengan peningkatan efikasi diri serta bermanfaat sebagai panduan dalam penjagaan bayi pramatang mereka di rumah. |
| Pages: | 317 |
| Call Number: | WA20.5.R788p 2019 9HUKMPRA tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782848 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pembangunan dan fisibiliti implementasi pakej preemie mom untuk ibu dalam penjagaan bayi pramatang selepas discaj daripada unit rawatan rapi neonatal.pdf Restricted Access | Full text | 4.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.