Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782819
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsa Naina Mohamed, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul ‘Izzah Ibrahim, Dr.en_US
dc.contributor.advisorSiti Zulfarina Mohamad, Dr.en_US
dc.contributor.authorNik Asyraf Nik Azis (P139566)en_US
dc.date.accessioned2026-03-16T02:21:34Z-
dc.date.available2026-03-16T02:21:34Z-
dc.date.issued2025-07-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782819-
dc.description.abstractImplanon NXT adalah rod kontraseptif yang disisipkan di bawah kulit lengan dan menghalang ovulasi. Kajian mengenai kesakitan semasa dan selepas prosedur penyisipan Implanon NXT adalah terhad. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesakitan semasa dan selepas penyisipan Implanon NXT serta kesan pengambilan ubat analgesik. Peserta kajian direkrut daripada 4 Klinik LPPKN. Selepas mendapat persetujuan termaklum, peserta diberi soal selidik dan dimasukkan secara rawak ke salah satu kumpulan; Asetaminofen (Parasetamol) 1000 mg 4 kali sehari, Asid Mefenamik (Ponstan) 250 mg 2 kali sehari, Diklofenak 50 mg 3 kali sehari atau Kawalan (tiada rawatan). Mereka diminta untuk menanda tahap kesakitan mereka pada Skala Analog Visual (VAS) 100 mm semasa suntikan Lignocaine, penyisipan Implanon, 2 dan 4 jam selepas prosedur, dan setiap hari selama 7 hari selepas penyisipan, sebelum dan selepas mengambil ubat. Seramai 129 orang menyertai kajian ini seperti berikut: Parasetamol (n=36), Ponstan (n=30), Diklofenak (n=32) dan Kawalan (n=31). Purata tahap kesakitan semasa suntikan Lignocaine adalah 24.5 ± 20.46 mm, semasa penyisipan Implanon adalah 11.47 ± 14.89 mm, 2 jam selepas penyisipan adalah 13.45 ± 16.61 mm dan 4 jam selepas penyisipan adalah 12.25 ± 15.34 mm. Jumlah Perbezaan Tahap Kesakitan (SPID) untuk Asetaminofen adalah 296 mm, Asid Mefenamik 446 mm, Diklofenak 1009 mm dan kumpulan Kawalan 58 mm. Data untuk Perbezaan Tahap Kesakitan (PID) mengikut hari tidak bertaburan secara normal. Ujian Kruskal Wallis ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan statistik signifikan antara Perbezaan Keamatan Kesakitan pada hari ke-2 (PID2) yang diberikan kepada kumpulan "Kawalan" (Purata Rank = 50.85) dan kumpulan "Asid Mefenamik" (Purata Rank = 76.67), H = 9.772, df = 3, N = 129, p = 0.021, signifikan diselaraskan (Bonferroni's) p = 0.013. Semua analgesik menyebabkan pengurangan kesakitan dengan Diklofenak memiliki penurunan tertinggi, diikuti oleh Asid Mefenamik dan Asetaminofen. Satu-satunya analgesik dengan statistik signifikan berbanding kumpulan Kawalan adalah Ponstan sehingga Hari ke-2 selepas prosedur (p = 0.013). Oleh itu, kami mengesyorkan pengambilan Ponstan selama 2 hari sebagai analgesik yang paling sesuai untuk mengurangkan kesakitan selepas penyisipan Implanon NXT. Penemuan kajian ini dapat digunakan untuk menyokong pindaan Peraturan 2008 Pembangunan Penduduk dan Keluarga (Fi dan Caj) untuk memasukkan analgesik dalam formulari ubat LPPKN.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectImplanon NXTen_US
dc.subjectContraceptive Agents, Femaleen_US
dc.titleKajian klinikal rawak tidak buta penggunaan ubat tahan sakit untuk pengurusan sakit Pasca Sisipan Implanon NXTen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages233en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian klinikal rawak tidak buta penggunaan ubat tahan sakit untuk pengurusan sakit Pasca Sisipan Implanon NXT._compressed.pdf
  Restricted Access
Full-text6.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.