Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782722
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazri Muslim, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorChong Shin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorFaizal Musa, Dr.en_US
dc.contributor.authorDirwan Ahmad Darwisen_US
dc.date.accessioned2026-03-09T03:27:41Z-
dc.date.available2026-03-09T03:27:41Z-
dc.date.issued2026-02-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782722-
dc.description.abstractFalsafah Adaik Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah (ABS-SBK) adalah tonggak utama jati diri budaya orang Minangkabau yang memadukan nilai adat dengan syariat Islam secara harmoni. Namun, disebabkan perubahan sosial yang pesat, kelangsungan nilai ini dalam masyarakat semakin terancam. Kajian ini dijalankan untuk meneliti pengetahuan, sikap dan amalan belia Minangkabau di Sumatera Barat terhadap falsafah ABS-SBK, serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penghakisan dan pemudarannya. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kemerosotan penghayatan ABS-SBK dalam kalangan belia disebabkan pengaruh pemodenan dan globalisasi. Ditambah pula dengan pemansuhan subjek Budaya Alam Minangkabau (BAM) iaitu asas pembelajaran ABS-SBK. Wujud juga beberapa kelemahan lain dalam sistem pewarisan nilai budaya secara intergenerasi serta kurangnya peranan aktif institusi adat dan keagamaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan kalangan belia terhadap falsafah ABS-SBK serta memahami faktor penyumbang kepada penurunan pengamalan tersebut dan mencadangkan langkahlangkah strategik untuk pemulihannya. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik berskala Likert, soal selidik berstruktur dan wawancara separa berstruktur. Responden terdiri daripada kalangan tokoh belia terpelajar, tokoh masyarakat dan pemimpin institusi adat di Luhak Nan Tigo, iaitu tiga kawasan inti Minangkabau, serta tokoh dan pemimpin utama peringkat Provinsi Sumatera Barat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan belia terhadap ABS-SBK masih rendah walaupun sikap mereka terhadap falsafah ini positif. Faktor seperti pengaruh globalisasi, sistem pewarisan yang kurang adaptif dan tidak progresif kerana dominasi sistem pendidikan agama yang terpisah daripada adat, kekurangan teladan daripada generasi yang lebih tua, serta lemahnya peranan pemerintah dan institusi berkaitan lainnya turut dikenal pasti sebagai penyumbang utama kemerosotan. Kajian juga mencadangkan agar Undang-Undang No. 17, Tahun 2022 Tentang Sumatera Barat perlu digunakan secara maksimum. Subjek BAM agar dikembalikan semula ke dalam kurikulum pendidikan sebagai kandungan tempatan dengan pendekatan yang lebih kontekstual. Di samping itu, program pembelajaran budaya seperti kem budaya dan dialog intergenerasi perlu digiatkan bagi memperkukuh pemahaman dan pengamalan ABS-SBK dalam kalangan belia Minangkabau masa kini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectKemasyarakatan dan Kebudayaan Minangkabauen_US
dc.subjectPemulihan Jati dirien_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations Academic-- Malaysiaen_US
dc.subjectFalsafah Adaik Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah (ABS-SBK)en_US
dc.subjectbudaya orang Minangkabauen_US
dc.subjectBudaya Alam Minangkabauen_US
dc.titleAdaik Basandi syarak,syarak Basandi kitabullah asas jati diri minangkabau : pengetahuan sikap dan amalan dalam kalangan beliaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages314en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P112022 Full Thesis Dirwan Ahmad Darws [TESISPTSL} (1).pdf
  Restricted Access
Full text192.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.