Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782707
Title: Pengaruh indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan terhadap keberhasilan keselamatan di industri kemudahan elektrik
Authors: Mohamad Xazaquan Mansor Ali (P107322)
Supervisor: Kadir Arifin, Prof. Ts. Dr.
Azlan Abas, Prof. Madya Dr.
Keywords: Industrial safety
Electric utilities
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Nov-2023
Abstract: Kajian ini meneliti pengaruh indikator pelopor yang bersifat proaktif terhadap keberhasilan keselamatan di industri kemudahan elektrik loji jana kuasa arang batu. Tindakan proaktif mampu untuk membawa sistem pengurusan keselamatan semasa kepada matlamat keselamatan yang menyasarkan kepada pengurangan kecederaan, kecederaan maut, kejadian berbahaya dan kehilangan masa kecederaan. Walau bagaimanapun, keberkesanan indikator pelopor dalam mempengaruhi keberhasilan keselamatan perlu dinilai. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan yang terdiri daripada kepimpinan pengurusan, penglibatan pekerja, pengenalpastian dan pentaksiran hazard, kawalan dan pencegahan hazard, pembelajaran dan latihan, penilaian dan penambahbaikan, dan komunikasi dan koordinasi; menganalisis prestasi tingkah laku keselamatan; dan menilai keberhasilan keselamatan untuk membentuk satu model pengaruh indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan terhadap keberhasilan keselamatan dalam industri kemudahan elektrik loji jana kuasa arang batu. Kajian ini melibatkan 5 buah loji jana kuasa arang batu yang berada di Semenanjung Malaysia dengan saiz sampel seramai 88 responden yang mewakili kumpulan eksekutif dan 252 responden yang mewakili kumpulan bukan eksekutif. Soal selidik digunakan untuk menilai indikator pelopor, prestasi tingkah laku keselamatan dan keberhasilan keselamatan. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan SmartPLS versi 3.3.3 digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Ujian korelasi Pearson, ujian-t dan analisis regresi digunakan bagi melihat perhubungan antara pemboleh ubah, manakala analisis model persamaan struktural digunakan untuk membentuk model akhir kajian. Hasil kajian mendapati tahap kepimpinan pengurusan adalah yang paling tinggi berbanding amalan pengurusan keselamatan yang lain berdasarkan nilai min purata bagi kumpulan eksekutif (4.35) dan bukan eksekutif (4.16). Kajian turut mendapati min purata prestasi tingkah laku keselamatan adalah tinggi berbanding min purata keberhasilan keselamatan yang rendah. Di samping itu, analisis menunjukkan bahawa indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap keberhasilan keselamatan melalui pengantara iaitu kepatuhan keselamatan. Akhirnya, kajian ini berjaya membentuk model amalan pengaruh indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan terhadap keberhasilan keselamatan industri kemudahan elektrik loji jana kuasa arang batu di Malaysia. Hasil kajian diharap dapat membantu pihak yang berkepentingan di industri kemudahan elektrik untuk membuat perancangan yang proaktif dalam memacu pencapaian keberhasilan keselamatan dan produktiviti.
Pages: 378
Call Number: T55.M634 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782707
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh indikator pelopor dalam amalan pengurusan keselamatan terhadap keberhasilan keselamatan di industri kemudahan elektrik.pdf
  Restricted Access
Full-text59.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.