Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782706
Title: Perubahan guna tanah pertanian padi dan peramalan jaminan keselamatan makanan Malaysia
Authors: Nurul Izzati Mohd Ali (P86574)
Supervisor: Kadaruddin Aiyub, Prof.
Lam Kuok Choy, Dr.
Keywords: Agriculture and state
Food supply
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2024
Abstract: Padiِ atauِ "Oryza sativa”ِmerupakanِsalahِsatuِkomponenِutamaِdalamِisuِsekuritiِ makanan di Malaysia. Sehubungan itu, permasalahan kajian ini merujuk kepada penyusutan guna tanah padi di negeri Kedah berikutan ianya mempengaruhi hasil pengeluaran padi negara. Objektif kajian ini untuk meneliti dan menganalisis perubahan guna tanah bagi tahun 1966, 1997 dan 2015 di negeri Kedah serta meramal perubahan guna tanah tersebut pada tahun 2035 menggunakan Land Use Modeler (LCM). Seterusnya, lapan langkah yang bersesuaian bagi mengurangkan perubahan guna tanah padi ke arah kelestarian padi dibincangkan. Analisis tindanan data spatial menggunakan data guna tanah pada tahun 1966, 1997 dan 2015 menerusi GIS dilakukan. Hasil analisis geo-statistik menunjukkan perubahan guna tanah secara keseluruhan bagi tempoh perbandingan tahun 1966-1997 mengalami perubahan sebanyak 33.49 % manakala bagi tempoh perbandingan tahun 1997-2015 adalah sebanyak 38.58%. Bagi ramalan guna tanah pula, perisian Idrisi Selva menganalisis permodelan CA-Markov dengan menggunakan LCM berdasarkan enam input parameter fizikal seperti data lokasi bandar dan kampung, jaringan jalanraya, hutan, ketinggian dan kecuraman cerun. Hasil permodelan LCM menunjukkan keluasan guna tanah padi pada tahun 2035 secara keseluruhan adalah seluas 56,971.49 hektar iaitu mengalami penyusutan berbanding keluasan 115171.45 hektar pada tahun 2015. Keadaan ini jelas menunjukkan keluasan guna tanah padi akan mengalami penyusutan yang amat ketara pada tahun 2035 dan berkemungkinan akan menyebabkan pengurangan pengeluaran padi sebanyak 990,783.16 tan metrik. Pengurangan guna tanah padi dan pengeluaran padi akan meningkatkan kebergantungan negara terhadap beras import pada masa hadapan. Lapan langkah adalah: melindungi zon pertanian padi, mengetatkan polisi penukaran tanah pertanian, meningkatkan teknologi pertanian, menggalakkan penyertaan golongan muda, menaiktaraf sistem pengairan, memperkasakan pusat penyelidikan dan pembangunan, menstruktur bantuan dana dan insentif, dan memperkenalkan kaedah pertanian agroekologi. Kajian ini berperanan menyampaikan maklumat kepada pihak kerajaan untuk penambahbaikan secara holistik dalam pembangunan guna tanah padi agar bekalan padi negara mencukupi pada masa hadapan sekaligus menyumbang kepada kemampanan sekuriti makanan di Malaysia.
Pages: 220
Call Number: HD1415.N837 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782706
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perubahan guna tanah pertanian padi dan peramalan jaminan keselamatan makanan Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.