Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782704
Title: Konflik diri dalam novel pilihan Hasanuddin Md Isa menurut pendekatan jiwa Al-Ghazali
Authors: Siti Dahlia Abdullah (P80670)
Supervisor: Mawar Safei, Prof. Madya Dr.
Mas Rynna Wati Ahmad, Dr.
Keywords: Islamic ethics in literature
Psychology in literature
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-May-2024
Abstract: Kehidupan manusia hari ini semakin gawat dan penuh kekalutan yang akhirnya membawa manusia berhadapan dengan banyak pertelingkahan atau konflik diri. Konflik berlaku apabila wujud pertembungan antara kehendak ideal kendiri dengan realiti. Secara kreatif pula, pengarang Melayu banyak menyalin kegawatan dan konflik diri itu dalam karya yang digubah. Kajian ini memusatkan perhatian terhadap isu konflik diri manusia yang diangkat dalam genre novel Melayu hasil karya Hasanuddin Md Isa. Novelis ini dilihat sebagai pengarang yang tekal dalam penghasilan karya berunsur Islam sepanjang tiga dekad penulisannya. Kajian ini melihat bagaimana kecenderungan pengarang memanfaatkan Islam dalam merungkai konflik diri watak wataknya. Beberapa novel karangan Hasanuddin Md Isa dimanfaatkan dengan menggunakan pendekatan jiwa al-Ghazali dengan rujukan utama kitab Ihya’Ulumiddin. Kajian ini lebih berfokus kepada kajian kepustakaan melalui analisis teks novel. Tumpuan kajian adalah terhadap tiga objektif dalam mengenal pasti ragam konflik diri manusia menerusi watak-watak dalam novel Hasanuddin Md Isa. Kajian meniruskan analisis terhadap tiga jenis konflik yang dialami watak-watak ciptaan pengarang, iaitu konflik akal, konflik hati dan konflik nafsu. Ketiga-tiga konflik ini merujuk pendekatan al-Ghazali. Hasanuddin Md Isa memanfaatkan Islam sebagai suatu solusi yang ampuh dalam setiap konflik. Solusi Islam dalam konflik akal ditemukan dalam Al-Abrar dan Sarjana Bangsa, konflik hati ditemukan dalam novel Mereka Yang Tertewas, Halangan dan Rintangan, Cebisan Mantera Terakhir, Mencari Kekasih dan Sentuhan, manakala konflik nafsu dalam novel Hijrah Diri dan Bidadari Cinta. Kajian ini memperlihatkan ketekalan Hasanuddin Md Isa sebagai pengarang yang mengajukan suara sugestif Islami secara praktis. Novel-novelnya dapat dipegang sebagai panduan dalam manusia menangani pertelingkahan diri.
Pages: 300
Call Number: PK6482.S568 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782704
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konflik diri dalam novel pilihan Hasanuddin Md Isa menurut pendekatan jiwa Al Ghazali.pdf
  Restricted Access
Full-text6.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.