Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782703| Title: | Keselamatan data peribadi belia Malaysia secara dalam talian dan faktor perancangan tingkah laku |
| Authors: | Shariffah Mamat (P100297) |
| Supervisor: | Wan Amizah Wan Mahmud, Prof. Madya Dr. Arina Anis Azlan, Dr. |
| Keywords: | Data protection Privacy, Right of Computer security Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Mar-2024 |
| Abstract: | Era dunia digital menuntut pengguna internet di seluruh dunia memaparkan maklumat peribadi mereka untuk mengakses perkhidmatan secara dalam talian. Pendedahan terhadap dunia digital ini memberi pelbagai kebaikan namun tanpa disedari mendedahkan mereka kepada ancaman jenayah siber. Negara di seluruh dunia secara proaktif mengimbangi keperluan ini dengan melaksanakan penggubalan akta dan dasar bagi memastikan cabaran dunia digital ditangani sebaiknya. Di Malaysia, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) digubal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOM) bertujuan menguatkuasa dan mengawalselia pemprosesan data peribadi menerusi transaksi komersil. Dilema pengguna adalah mereka dituntut menggunakan perkhidmatan secara digital namun mereka sentiasa perlu melindungi keselamatan data peribadi supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber. Justeru, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi belia Malaysia untuk melindungi keselamatan data peribadi mereka walaupun mereka aktif melakukan transaksi atau berkomunikasi secara dalam talian. Kajian ini mengaplikasikan Teori Perancangan Tingkah Laku (TPB) sebagai teori asas manakala Teori Pemecahan Perancangan Tingkah Laku (DPTB), Teori Motivasi Perlindungan (PMT) dan Teori Pemikiran Kognitif Sosial (SCT) disepadukan sebagai andaian untuk menambahbaik TPB. Kajian kuantitatif ini dikendalikan melalui survei secara dalam talian ke atas seramai 535 responden belia Malaysia berumur 19 hingga 30 tahun menggunakan teknik pensampelan rawak berlapis secara berkelompok mengikut kategori umur, lokasi, jantina dan etnik. Data dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur IBM-SPSS-AMOS dan SPSS. Model berstruktur mencapai indeks kesepadanan iaitu RMSEA = 0.28, GFI = .898, CFI = .966, dan ChiSq/df = 1.431. Dapatan ini menambahbaik TPB dalam konteks melindungi keselamatan data peribadi belia Malaysia semasa melakukan transaksi atau berkomunikasi dalam talian. Kajian ini juga menunjukkan sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku, faedah, mudah guna, kepercayaan, suasana dorong, penilaian ancaman, kemahiran atasi ancaman dan efikasi diri menyumbang kepada perubahan tingkah laku niat selaras dengan saranan dalam TPB. Pembolehubah niat berpengaruh dalam melindungi keselamatan data peribadi belia Malaysia semasa melakukan transaksi ataupun berkomunikasi dalam talian. Penyumbang terbesar terhadap model ini adalah niat. Penemuan ini membuktikan pengaruh niat menjadi faktor penting bagi melindungi keselamatan data peribadi belia Malaysia semasa melakukan transaksi atau berkomunikasi dalam talian. Justeru, sikap optimistik dalam melindungi keselamatan data peribadi dalam kalangan belia Malaysia perlu dipupuk bagi menguasai cabaran dunia digital. |
| Pages: | 353 |
| Call Number: | HF5548.37.S533 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782703 |
| Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keselamatan data peribadi belia Malaysia secara dalam talian dan faktor perancangan tingkah laku.pdf Restricted Access | Full-text | 7.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.