Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782702
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlina Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNovel Lyndon, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNik Nur Azizah Nik Halman (P105525)en_US
dc.date.accessioned2026-03-06T01:46:58Z-
dc.date.available2026-03-06T01:46:58Z-
dc.date.issued2023-12-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782702-
dc.description.abstractKomuniti Cina Peranakan Kelantan telah mengalami asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu Kelantan termasuklah dalam aspek amalan penjagaan kesihatan secara tradisional yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, perkembangan dalam teknologi perubatan moden telah menyebabkan amalan penjagaan kesihatan tradisional semakin dilupakan dan tidak diketengahkan secara holistik seiring dengan amalan penjagaan kesihatan moden. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka bentuk penjagaan kesihatan tradisional komuniti Cina Peranakan dan menjelaskan asimilasi yang berlaku dalam amalan penjagaan kesihatan tradisional komuniti Cina Peranakan dengan masyarakat tempatan. Selain itu, kajian juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada perspektif komuniti Cina Peranakan untuk melestarikan amalan penjagaan kesihatan tradisional mereka. Kajian ini dijalankan dalam kalangan komuniti Cina Peranakan yang tinggal di Pulai Chondong, Kelantan. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan etnografi. Kaedah pengutipan data menggunakan kaedah temu bual mendalam melibatkan 10 orang informan dan juga kaedah pemerhatian ikut serta. Data yang dikumpul telah dianalisis secara naratif dan bertema menggunakan perisian QSR NVivo. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat tiga bentuk penjagaan kesihatan tradisional utama iaitu melakukan pelbagai aktiviti kerohanian, pengambilan tumbuhan ubat dan penggunaan haiwan. Selain itu, kajian mendapati wujudnya asimilasi antara komuniti Cina Peranakan dengan Melayu Kelantan dalam aspek penjagaan kesihatan tradisional seperti penjagaan kesihatan kulit dan rambut, serta penjagaan kesihatan wanita selepas bersalin. Akhir sekali, beberapa cadangan telah disyorkan oleh informan kajian bagi melestarikan amalan penjagaan kesihatan tradisional iaitu dengan menjadikan komuniti Cina Peranakan sebagai aset pelancongan kesihatan, menganjurkan simposium penjagaan kesihatan tradisional dan mewartakan ilmu penjagaan kesihatan tradisional Cina Peranakan sebagai warisan kebangsaan. Kesimpulannya, kewujudan kepelbagaian bentuk amalan penjagaan kesihatan tradisional Cina Peranakan yang terhasil daripada proses asimilasi dapat membantu pihak pengurusan dan perancangan pembangunan komuniti dalam memperkasa aspek penjagaan kesihatan tradisional di Malaysia. Kajian ini menunjukkan implikasi terhadap disiplin ilmu antropologi perubatan khususnya tentang amalan penjagaan kesihatan secara tradisional yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kesihatan dan juga memberi input kepada dasar kerajaan terhadap komuniti peranakan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAssimilation (Sociology)en_US
dc.subjectHealth behavioren_US
dc.subjectTraditional medicineen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAsimilasi budaya dan pengaruhnya terhadap amalan penjagaan kesihatan Cina Peranakan di Kelantanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages290en_US
dc.identifier.callnoHM843.N535 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007642en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Asimilasi budaya dan pengaruhnya terhadap amalan penjagaan kesihatan komuniti Cina Peranakan di Kelantan.pdf
  Restricted Access
Full-text5.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.