Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782701| Title: | Analisis wacana kritis terhadap praktis sosial dalam Kampus Merdeka |
| Authors: | Neng, Lia Marliana (P111588) |
| Supervisor: | Mohammad Fadzeli Jaafar, Prof. Madya Dr. Harishon Radzi, Dr. |
| Keywords: | Interpersonal relations Discourse analysis Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 29-Jul-2024 |
| Abstract: | Wacana pedagogi Kampus Merdeka di pengajian tinggi di Indonesia wajar dikaji secara berpada dengan meneliti praktis sosial di sebalik wacana. Setakat ini, kajian wacana mengenai Kampus Merdeka iaitu dasar kurikulum di Indonesia hanya tertumpu kepada aspek non-linguistik. Selain itu, pengkaji lepas tidak mengaitkan wacana pedagogi dengan praktis sosial. Aspek linguistik mempunyai peranan dalam memahami praktis sosial dalam struktur bahasa. Kajian wacana pedagogi perlu mengaitkan kurikulum dan praktis sosial untuk membongkar praktis sosial yang boleh memberi kesan kepada pelaksanaan Kampus Merdeka. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk menambah baik kajian lepas dengan menganalisis wacana pedagogi daripada perspektif linguistik dan dikaitkan dengan kurikulum semasa. Kajian kualitatif ini menganalisis praktis sosial wacana pedagogi Kampus Merdeka berdasarkan pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK) Fairclough (2013). Pendekatan AWK Fairclough membahagikan analisis wacana kepada tiga dimensi, iaitu dimensi tekstual, amalan wacana, dan praktis sosial. Tujuan kajian ini adalah menghuraikan dimensi tekstual wacana, menginterpretasi amalan wacana, dan menjelaskan praktis sosial wacana pedagogi Kampus Merdeka. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman bagi 4 kursus secara dalam talian yang masing-masing mempunyai 29 orang pelajar. Digunakan pula kaedah soal selidik kepada seramai 116 pelajar sebagai responden kajian; serta kaedah temu bual secara separa berstruktur dengan 4 pensyarah menjadi informan. Hasil kajian mendapati wujud praktis kekuasaan dan ideologi pensyarah-pelajar dan dalam dasar Kampus Merdeka. Dalam dimensi tekstual, ideologi dan kesamarataan kuasa ditunjukkan melalui sistem ambil gilir dan kawalan topik, serta dominasi pensyarah dalam penggunaan ayat tanya kepada pelajar. Dimensi amalan wacana juga memperlihatkan wujudnya kuasa dan ideologi melalui penggunaan pelbagai jenis wacana, ragam menyoal-menjawab, amalan pancingan pensyarah dan mengambil berat, amalan pelajar memberi perakuan dan penilaian. Aspek sosiobudaya pensyarah-pelajar turut memberi kesan terhadap penggunaan bahasa di dalam kelas. Dalam perkataan lain, kekuasaan dan ideologi yang tertanam dalam Kampus Merdeka jelas ditunjukkan melalui wacana pedagogi yang dikaji. Kajian ini berjaya menambah baik kajian wacana pedagogi terdahulu melalui penerokaan praktis sosial dari perspektif linguistik. Kajian ini telah menyumbang kepada pemurnian dan implementasi kurikulum serta penambahbaikan pedagogi pensyarah. Kajian ini menyumbang kepada disiplin ilmu linguistik, terutamanya penggunaan AWK sebagai suatu pendekatan kajian komprehensif kepada wacana pedagogi atas kemampuannya mendedahkan perubahan sosial dalam masyarakat akademik di Indonesia. |
| Pages: | 428 |
| Call Number: | HM132.N336 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782701 |
| Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis wacana kritis terhadap praktis sosial dalam Kampus Merdeka.pdf Restricted Access | Partial | 964.9 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.