Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782684
Title: Pemikiran agnostik dalam Angkatan Murtad Malaysia
Authors: Farah Hanie Talip (P115277)
Supervisor: Haidhar Kamarzaman, Dr.
Mazlan Ibrahim, Prof. Madya
Keywords: Agnosticism
Apostasy -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-May-2025
Abstract: Agnostik berasal daripada dua perkataan Greek iaitu a dan gnastos. A bermaksud tidak dan gnastos bermaksud tahu. Dengan itu, agnostik bermaksud “tidak tahu”. Gerakan Agnostisime bermula kebangkitannya ketika mana Thomas Henry Huxley menyatakan pendiriannya tentang falsafah bahawa keraguan terhadap tuhan mana-mana kebenaran yang hakiki. Di Malaysia, agnostisisme telah tersebar dan merebak dalam kalangan masyarakat melalui Gerakan yang lebih dikenali sebagai Angkatan Murtad Malaysia. Golongan ini telah berjaya mengubah cara berfikir sebahagian golongan yang jahil terhadap asas dalam agama sehingga membawa kepada pengaruh yang kuat di kalangan belia melalui laman sesawang rasmi mereka. Mereka menyebarkan ideologi melalui pemahaman yang bertentangan dengan al-Quran dan Hadis dalam perbahasan akidah dengan mengikut logik akal tanpa ilmu yang benar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti serta membongkar ajaran Gerakan agnostisisme yang dilihat bertentangan dengan al Quran dan Sunnah dari sudut akidah melalui laman sesawang rasmi Angkatan Murtad Malaysia. Kajian ini keseluruhannya menggunakan metode kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data, analisis kandungan, kritikan sumber, analisis perbandingan, analisis deduktif dan induktif. Dapatan kajian mendapati golongan agnostisisme telah menyebarkan ideologi penyelewengan terhadap akidah, dan ini adalah disebabkan tidak mempunyai kefahaman akidah benar. Faktor utama penyelewengan yang dilakukan oleh golongan agnostik adalah disebabkan oleh penggunaan logik akal yang berlebihan. Kajian ini dapat memberikan sumbangan dalam menyelesaikan kekeliruan terhadap agnostik dalam Angkatan Murtad Malaysia yang bertentangan dengan manhaj akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pages: 194
Call Number: BL2747.2.F37 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782684
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran agnostik dalam Angkatan Murtad Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.