Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782682| Title: | Manifestasi kritikan perwatakan Melayu-Muslim 'malas' dalam travelog ke Tanah Melayu abad ke-19 oleh Abdullah Munshi dan Isabella Bird |
| Authors: | Nurul Zafirah Zakaria (P116040) |
| Supervisor: | Firuz Akhtar Mohamad Bohari, Dr. |
| Keywords: | Malay literature -- History and criticism Literature -- History and criticism Malays (Asian people) -- Social conditions Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 2-Jul-2024 |
| Abstract: | Masyarakat Melayu acap kali dimomokkan sebagai masyarakat berperwatakan ‘malas’ sejak zaman dahulu lagi dan tanggapan tersebut kelihatan dalam pelbagai sumber penulisan. Persoalannya, adakah spekulasi mengenai masyarakat Melayu ‘malas’ adalah benar? Zaman kolonialisme Barat di Tanah Melayu pada abad ke-19 menyaksikan begitu banyak penghasilan karya penulisan sama ada karya penulis tempatan mahupun karya penulis Barat. Antara pengembara-pengembara masyhur yang telah mengembara ke Tanah Melayu pada abad ke-19 ialah pengembara tempatan iaitu Abdullah Munshi dan pengembara kolonial wanita iaitu Isabella Bird. Menerusi travelog mereka, terdapat kritikan yang dilontarkan terhadap orang Melayu-Muslim terutama sekali mengenai perwatakan ‘malas’ mereka. Fokus kajian ini adalah dua buah travelog ke Tanah Melayu sahaja iaitu Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) nukilan Abdullah Munshi dan The Golden Chersonese and The Way Thither (1883) oleh Isabella Bird. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tinjauan awal mengenai karya-karya pengembaraan Abdullah Munshi dan Isabella Bird serta kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap karya-karya mereka.. Kajian ini turut menghuraikan terperinci mengenai latar belakang Abdullah Munshi dan Isabella Bird berserta karya pengembaraan mereka Selain itu, kajian ini juga turut membandingkan kritikan Abdullah Munshi dan Isabella Bird terhadap perwatakan malas Melayu-Muslim dalam travelog ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Kritikan Abdullah Munshi dan Isabella Bird terhadap perwatakan ‘malas’ orang Melayu-Muslim dalam travelog mereka ke Tanah Melayu turut dibandingkan dan dibahaskan dengan lebih teliti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisis perbandingan yang dijalankan terhadap kritikan Abdullah Munshi dan Isabella Bird berpaksikan teori ketamadunan dan budaya Islam gagasan Malik Bennabi. Hasil kajian ini mendapati norma sosial yang berlaku dalam golongan atasan dan bawahan Melayu-Muslim abad ke-19 menjadi ransangan atau faktor kepada perwatakan ‘malas’ mereka. Kajian ini juga mendapati sintesis antara motivasi dan ad-Din (agama) mampu membentuk masyarakat Melayu-Muslim Madani dalam memapankan ketamadunan Islam. Diharapkan kajian ini dapat menjadi anjakan dalam kajian kesusasteraan bandingan dan menjadi pencetus untuk kesinambungan kajian khususnya mengenai masyarakat Melayu-Muslim dalam penulisan travelog. Selain itu, diharapkan agar kajian ini dapat menangkis spekulasi negatif terhadap masyarakat Melayu-Muslim serta menjadi panduan kepada bangsa ini untuk terus berjuang dalam mengangkat martabat bangsa Melayu dan agama Islam. |
| Pages: | 170 |
| Call Number: | PL5110.N877 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782682 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Manifestasi kritikan perwatakan Melayu Muslim malas dalam travelog ke Tanah Melayu abad ke 19 oleh Abdullah Munshi dan Isabella Bird.pdf Restricted Access | Full-text | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.