Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782680
Title: Garis panduan komunikasi dakwah bi al-lisan pendakwah kepada mualaf
Authors: Sharifah Nuraina Nabila Syed Shariffuddin (P131252)
Supervisor: Khazri Osman, Dr.
Anuar Puteh, Encik
Muhamad Faisal Asha’ari, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Islamic preaching
Islam -- Missions
Communicative competence
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Mar-2025
Abstract: Komunikasi dua hala berperanan sebagai penghubung antara pendakwah dengan golongan sasaran dakwah. Meskipun komunikasi dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah, namun komunikasi dakwah bi al-lisān dilihat sebagai pendekatan yang sesuai digunakan ketika berinteraksi dengan mualaf. Hal ini demikian kerana komunikasi secara lisan dapat memberikan respons yang cepat, dilakukan secara tidak formal dan merasai kejujuran penuturnya. Biarpun penyelidikan tentang komunikasi dakwah bi al lisān telah banyak dilaksanakan, namun komunikasi dakwah bi al-lisān kepada mualaf masih mempunyai ruang untuk diteroka. Perkara ini disebabkan setiap pendakwah masih memerlukan garis panduan yang jelas serta menyeluruh dan dipersetujui oleh pakar tertentu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti keperluan membina garis panduan komunikasi dakwah bi al-lisān pendakwah kepada mualaf, mengkaji elemen komunikasi dakwah bi al-lisān pendakwah kepada mualaf dan membina garis panduan komunikasi dakwah bi al-lisān pendakwah kepada mualaf berdasarkan konsensus pakar menggunakan Fuzzy Delphi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan temu bual untuk membina garis panduan komunikasi dakwah bi al-lisān kepada mualaf seterusnya menerapkan metode kuantitatif untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap garis panduan yang dibina menerusi Fuzzy Delphi Method (FDM). Dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan, seramai tujuh orang informan dipilih untuk ditemu bual manakala 10 pakar pula telah dipilih berdasarkan kelayakan dan kepakaran mereka untuk memberikan persetujuan dalam FDM. Hasil dapatan kajian mendapati masih terdapat kelemahan dan kekurangan penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pendakwah yang menyantuni mualaf. Kurangnya pemahaman, kemahiran penyampaian dan penguasaan bahasa pendakwah menggalakkan kepada pembinaan garis panduan secara jelas sebagai usaha kepada penambahbaikan proses komunikasi serta mampu meningkatkan kualiti penyampaian komunikasi pendakwah kepada mualaf. Oleh sebab yang demikian, pendakwah perlu menguasai komunikasi dakwah bi al-lisān agar mesej yang dihasratkan dapat disampaikan kepada sasaran dengan efektif.
Pages: 214
Call Number: BP170.85.S5366 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782680
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Garis panduan komunikasi dakwah Bi Al Lisan pendakwah kepada mualaf.pdf
  Restricted Access
Full-text4.48 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.