Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782494
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Atiqah Tang Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorOng, Puay Liu, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorChin, Tek Yoong (P85983)en_US
dc.date.accessioned2026-02-24T04:10:22Z-
dc.date.available2026-02-24T04:10:22Z-
dc.date.issued2025-06-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782494-
dc.description.abstractKajian ini adalah berkenaan dengan usaha masyarakat etnik Cina setempat di Daerah Kinta Utara, Ipoh, Perak, yang membangunkan dan mempertahankan kelangsungan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai institusi pendidikan bahasa ibunda. Kedudukan SMPC terpisah dari sistem pendidikan kebangsaan menekankan penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah. Setelah berkuat kuasanya Akta Pelajaran 1961, sekolah-sekolah menengah Cina yang enggan bertukar ke aliran kebangsaan akan dikekalkan statusnya sebagai Sekolah Menengah Persendirian Cina. Kemunculan SMPC telah mencetuskan gerakan sosial besar-besaran pada tahun 70-an yang melibatkan masyarakat etnik Cina setempat untuk mempertahankan kelangsungan dan nasib SMPC yang terumbang-ambing. Kajian ini mengkaji sejauh mana masyarakat etnik Cina di kawasan kajian yang terpilih mengkoordinasikan dan menggembleng seluruh tenaga, masa, kewangan, dan sumber sumber lain memajukan pendidikan bahasa ibunda melalui gerakan sosial. Bagi memandu dalam kajian ini, kerangka konseptual dibina daripada Tipologi Dasar Bahasa Fishman (1971), Teori Gerakan Sosial Mauss (1975), dan Teori Mobilisasi Sumber (1977). Gerakan sosial bermula dari peringkat permulaan, gabungan, penginstitusian, perpecahan dan tamat yang melibatkan penyertaan golongan akar umbi beramai-ramai yang berupaya mendatangkan impak yang besar. Penelitian kepustakaan dengan meneliti sumber maklumat ilmiah bercetak dalam bentuk jurnal, buku, tesis, artikel dan temu bual dengan tokoh pendidikan Cina dan kumpulan target menyumbangkan data data kepada setiap peringkat gerakan perjuangan SMPC. Analisis dapatan kajian mendapati masyarakat etnik Cina sentiasa berwaspada terhadap keterumbang ambingan sistem pendidikan bahasa ibunda. Segala tindakan yang telah diperjuangkan berjaya memobilisasikan sokongan anggota masyarakat etnik Cina setempat mempertahankan kelangsungan SMPC menandakan kedudukan SMPC bukan sekadar institusi pendidikan bahasa ibunda. Malah, SMPC diangkat sebagai kubu pertahanan bahasa, budaya dan identiti Cina di negara ini. Kajian ini membawa beberapa kepentingan. Pertama, kajian ini dapat mengayakan khazanah ilmu tentang kajian gerakan perjuangan pendidikan bahasa ibunda yang dicetuskan sebelum ini. Kedua, kajian ini menyimpulkan bahawa pendidikan bahasa ibunda terus dipertahankan pihak pihak tertentu dan segala tuntutan dan permasalahan perlu ditangani kerajaan sebaik mungkin.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectChinese independent secondary schools -- Malaysiaen_US
dc.subjectChinese language -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectSocial movements -- Malaysiaen_US
dc.subjectEthnic identity -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKelestarian sekolah menengah persendirian Cina dalam sistem pendidikan kebangsaan: kajian kes pemulihan di SMPC Yuk Choy, Ipoh, Peraken_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak tersedia dalam bentuk bercetak (CD sahaja)en_US
dc.format.pages300en_US
dc.identifier.barcode007811en_US
dc.format.degreeSarjanaen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kelestarian sekolah menengah persendirian Cina dalam sistem pendidikan kebangsaan kajian kes pemulihan di SMPC Yuk Choy Ipoh Perak.pdf
  Restricted Access
Full-text6.42 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.