Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782417
Title: Kepengarangan dalam syair diraja Melayu era kontemporari: perbandingan antara Syair Sultan Azlan Shah putera berjiwa rakyat dengan syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Authors: Rosnani Ibrahim (P102800)
Supervisor: Shaiful Bahri Mat Radzi, Prof. Madya Dr.
Muammar Ghaddafi Hanafiah, Dr.
Keywords: Malay poetry
Malay literature
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Oct-2023
Abstract: Kajian ini meneliti aspek kepengarangan syair Diraja yang dihasilkan pada era kontemporari. Dalam era tradisi, syair diraja merupakan puisi yang menjadi wadah pengkaryaan pengarang istana dalam mengangkat pengkisahan dan pujian terhadap raja sebagai teras idea kepengarangan. Dalam era kontemporari pula syair diraja masih dihasilkan walaupun oleh pengarang yang tidak mempunyai hubungan dengan istana. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek kepengarangan syair diraja yang dihasilkan pada era kontemporari ini. Data kajian melibatkan dua buah syair diraja iaitu Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat yang dihasilkan oleh Ibrahim Mohd Said (2009) dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar karya Maskiah Masrom (2018). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, kajian teks dan kajian bandingan. Menerusi kajian kepustakaan, latar belakang kedua-dua syair diperoleh. Kajian teks menerusi teknik bacaan rapi dan analisis kandungan dilakukan bagi memahami inti sari syair. Pendekatan perbandingan diaplikasikan dalam usaha untuk meneliti aspek yang menjadi idea kepengarangan dalam mempersembahkan rakaman sejarah diraja pada era kontemporari. Seterusnya kupasan analisis kajian dibentangkan menerusi kaedah tematik. Dapatan kajian menemukan persamaan kepengarangan dalam menjulang dan memartabatkan raja dalam kedua-dua syair. Kedua-dua pengarang menggunakan enam aspek iaitu biografi, pendidikan, keperibadian, peristiwa, tradisi dan kejayaan dalam usaha mengangkat raja bagi negeri masing-masing. Ibrahim Mohd Said mengangkat dan menjulang Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak manakala Maskiah Masrom memartabatkan Sultan Ibrahim selaku Sultan Johor berdasarkan enam aspek berkenaan. Menerusi syair diraja, setiap sultan digambarkan mempunyai kehebatan dan keistimewaan dalam mengemudi negeri masing-masing. Hasil kajian ini membuktikan bahawa syair diraja masih kekal relevan dalam mengangkat dan mengAgongkan seseorang raja walaupun dalam era moden. Kedudukan pengarang moden yang berada di luar lingkungan istana tidak menghalang mereka menghasilkan syair diraja yang mengupas aspek kepengarangan seperti biografi, pendidikan, keperibadian, peristiwa, tradisi dan kejayaan raja tersebut. Syair diraja penting dalam menyemai rasa cinta dan taat setia rakyat kepada rajanya.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 296
Call Number: PL5136.R637 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782417
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.