Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782391
Title: Pembuatan keputusan berkaitan kesihatan reproduktif isteri dalam kalangan lelaki di luar bandar
Authors: Siti Khadijah Ahmad Tajuddin (P51719)
Supervisor: Khadijah Shamsuddin, Prof. Dr.
Rahmah Mohd Amin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Public Health
Reproductive Physiological Phenomena
Issue Date: 14-Sep-2015
Abstract: Keputusan yang melibatkan penjagaan kesihatan untuk kaum wanita masih bergantung kepada kaum lelaki. Oleh itu, keperluan untuk melibatkan kaum lelaki di dalam promosi kesihatan seksual dan reproduktif wanita dianggap penting. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti status pembuatan keputusan berkenaan bilangan anak, penggunaan perancang keluarga dan tempat kelahiran anak serta mengenalpasti faktor-faktor yang ada hubungkait dengan pembuatan keputusan dalam kalangan lelaki luar bandar. Kajian berbentuk hirisan lintang yang melibatkan seramai 376 responden dari 47 buah kampung di daerah Padawan dan Siburan, Kuching telah dijalankan dari Februari sehingga Oktober 2012. Kajian ini adalah berbentuk “mixed method” di mana borang soalselidik dan temuduga mendalam telah digunakan sebagai kaedah kajian. Hasil kajian telah mendapati bahawa prevalen bagi pembuatan keputusan yang utama oleh lelaki hanya 12.7%. Kebanyakan kaum lelaki membuat keputusan mereka secara bersama dengan isteri. Pembuatan keputusan utama oleh lelaki ini ada hubungkait yang signifikan (p<0.05) dengan lelaki yang beragama Kristian (NOa8.1, SK95% 1.7, 37.9), lelaki yang melaporkan bahawa isteri mereka pernah mengalami pendarahan semasa mengandung (NOa4.2, SK95%1.2, 14.3), lelaki yang tidak mempunyai anak yang dilahirkan di hospital (NOa10.4, SK95%1.2, 88.0) dan isteri yang mempunyai gravida >3 kali (NOa3.2, SK95% 1.1, 9.9). Sementara itu, persepsi tentang tugas atau tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan pengalaman menangani isu yang berkaitan dengan keluarga adalah tema yang dikenalpasti melalui kaedah kualitatif. Unsur agama dilihat sebagai antara faktor yang membantu sementara kos menyara keluarga sebagai antara faktor penghalang. Kesimpulannya, kebanyakan keputusan adalah dilakukan bersama antara suami dan isteri. Walaupun begitu, peranan kaum lelaki dalam penjagaan kesihatan wanita tidak boleh dianggap ringan dan penglibatan mereka terutama dari segi keperluan kesihatan reproduktif patut diberikan galakan.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Doktor Falsafah”
Pages: 44
Call Number: WA20.5.A165h 2015 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782391
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembuatan keputusan berkaitan kesihatan reproduktif isteri dalam kalangan lelaki di luar bandar.pdf
  Restricted Access
Partial1.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.