Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782056
Title: Menganalisis cap bibir secara digital: kajian kestabilan cap bibir berdasarkan garis masa
Authors: Naakshectra Nadarajan (P129533)
Supervisor: Noor Hazfalinda Hamzah, Prof. Madya Dr.
Khairul Osman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Forensic Sciences
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2025
Abstract: Isu pengenalpastian individu seperti campuran sisa mayat dalam bencana besar menjadi cabaran utama dalam sains forensik. Cheiloscopy, atau penyelidikan cap bibir boleh dipertimbangkan sebagai kaedah alternatif untuk pengenalpastian forensik. Kajian ini telah mengukur kestabilan cap bibir dalam dua keadaan fizikal: kesan masa dan fenomena siang malam. Garis dasar peratus kesamaan cap bibir berdasarkan fenomena siang malam turut dikenal pasti. Sampel kajian seramai 200 subjek telah dipilih secara rawak daripada populasi ketiga-tiga kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Kesan cap bibir dikumpulkan menggunakan teknik kertas piawai. Subjek diarahkan memakai gincu dan menghasilkan cap bibir pada permukaan kertas A4 bersih. Sampel cap bibir diimbas menggunakan pengimbas resolusi tinggi (300 dpi). Model analisis imej, CLIP digunakan untuk pengenalpastian dan pengecaman imej cap bibir. Analisis Varians Berpasangan (ANOVA) menunjukkan tiada perubahan signifikan dalam peratus kesamaan cap bibir berdasarkan kesan masa jika sampel diambil pada waktu siang, F(2, 398) = 2.236, p = .108, η2 = .011. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan signifikan dalam peratus kesamaan cap bibir sepanjang interval 24 jam harian, dari waktu siang ke malam, F(2, 398) = 9.163, p = .05, η2 = .044. Nilai analisis pekali hubungkait sesama kelas (Intraclass Correlation Coefficient-ICC) yang digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan model CLIP dalam analisis cap bibir adalah 0.649, antara julat sederhana dan baik (0.556-0.726). Kajian ini penting kerana ia merupakan kajian pertama yang mengukur kestabilan cap bibir menggunakan fenomena siang malam. Kajian ini turut memberikan perspektif baharu berkenaan penggunaan pembelajaran mesin dalam analisis cap bibir.
Notes: e-tesis
Pages: 76
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782056
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Menganalisis cap bibir secara digital.pdf
  Restricted Access
Full-text1.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.