Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781891| Title: | Pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahang |
| Authors: | Wafa Amni Fajuri (P116083) |
| Supervisor: | Fariza Md Sham, Prof. Dato' Dr. |
| Keywords: | Muslim youth -- Religious life -- Case studies Self-esteem -- Religious aspects -- Islam Self-esteem in adolescence -- Religious aspects -- Islam -- Case studies Islamic religious education of children -- Malaysia -- Pahang Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 10-Feb-2025 |
| Abstract: | Kepincangan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan tahap sosioekonomi sesebuah keluarga. Kekurangan dari sudut ekonomi menjadi faktor negatif kepada penghargaan kendiri anak-anak asnaf yang tidak didedahkan dengan pengukuhan kerohanian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis tahap pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahang. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik terhadap 254 responden di sekitar Pekan, Pahang dan teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan berkelompok. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif dan korelasi Pearson menggunakan komputer iaitu perisian SPSS versi 26. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk pendidikan kerohanian berada pada tahap “sederhana” dengan nilai (min=3.54) dan bagi konstruk penghargaan kendiri adalah “sederhana” dengan nilai (min=2.51) . Manakala hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri dengan nilai (r = 0.209, p = 0.001), tetapi hubungan yang lemah. Impikasi kajian ini mendapati terdapat keperluan untuk memperkenalkan pendidikan kerohanian dan program motivasi bagi meningkatkan penghargaan kendiri anak-anak asnaf, dengan sokongan pihak yang berkaitan seperti kerajaan, NGO, dan komuniti. Pendekatan ini dapat membantu anak-anak asnaf membina keyakinan diri dan mengatasi cabaran hidup. |
| Pages: | 107 |
| Call Number: | BP188.18.Y68W345 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781891 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahang.pdf Restricted Access | Full-text | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.