Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781890Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Firuz Akhtar Mohamad Bohari, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Muhammad Muzammil (P103809) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-12-22T06:50:33Z | - |
| dc.date.available | 2025-12-22T06:50:33Z | - |
| dc.date.issued | 2025-02-28 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781890 | - |
| dc.description.abstract | Dalam novel dan karya fiksyen, terdapat pelbagai nilai seperti sosial, moral, estetika, pendidikan, politik, budaya, dan keIslaman, contohnya seperti dalam novel Islami Rihlah Ila Allah dan Api Tauhid. Dua novel ini kaya dengan nilai-nilai keagamaan, seperti aspek Aqidah, ibadah, dan akhlak yang sering disampaikan secara tersirat. Pengarang tidak memberi nasihat yang sarat dengan nilai-nilai normatif semata-mata, tetapi pengarang berdialog dengan sikap, tingkah laku dan pandangan hidup pada watak utama karya tersebut. Novel Rihlah Ila Allah karya Najib Kailani dan Novel Api Tauhid karya Habiburrahman El Shirazy mempunyai banyak persamaan iaitu dari aspek nilai sosial, agama, moral, politik, romantik serta jalan cerita. Objektif kajian ini adalah menghuraikan definisi dan konsep nilai Islam dalam sebuah novel, menganalisis bentuk nilai Islam dan membandingkan persamaan dan perbezaan nilai Islam dalam novel Rihlah Ila Allah karya Najib Kailani dan dalam novel Api Tauhid karya Habiburrahman El Shirazy. Kajian ini menggunakan teori Resepsi Sastera yang merangkumi empat kaedah analisis iaitu daripada penyalinan dan penerjemahan, pembacaan berulang ulang, membandingkan dan menilai teks-teks yang berbeza dengan teks lainnya, dan memberi makna pada teks-teks yang berbeza. Hasil kajian ini mendapati nilai-nilai keIslaman yang tercermin dalam karya sastera novel adalah hasil pemikiran yang berakar dari keadaan sosial pengarang. Dalam proses tersebut, pengarang mengetengahkan nilai-nilai Islam yang secara langsung mempengaruhi aspek Aqidah, ibadah dan akhlak lantas mencerminkan pengaruh langsung nilai tersebut dalam karya sastera. Kajian ini juga menunjukkan keunggulan dan kesempurnaan nilai-nilai Islam yang boleh menjadi mesej teladan melalui novel Islam. yang kebiasaannya nilai keagamaan didapati di mimbar dakwah, qasidah atau syair. Konsep persembahan dalam jalan ceritanya membawa pembaca seperti kembali pada kehidupan dahulu untuk merenungkan makna kebenaran, kebaikan, dan kebijaksanaan serta kesempurnaan nilai Islam dengan lebih mendalam. Gabungan nilai Islam yang dikemas dalam kedua novel yang di tulis oleh Najib Kailani dan Habiburrahman El Shirazy ini telah memberikan gambaran yang lebih meluas mengenai tentan konsep Islam secara mendalam. sinergi perspektif Najib Kailani dan Habiburrahan El-Shirazy ini secara tidak langsung telah mewujudkan kebebasan terhadap persepsi pembaca mengenai nilai dalam teori resepsi sastera. Pembaca bebas untuk berfikir dan membuat penilaian terhadap satu nilai yang terkandung dalam novel menerusi dua buah karya sastera novel ini. Selain itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalam bidang kesusasteraan bandingan pada novel klasik ataupun modern terutamanya kajian menggunakan Teori Resepsi sastera yang masih belum dijalankan secara meluas. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Islam in literature | en_US |
| dc.subject | Comparative literature -- Arabic and Indonesian | en_US |
| dc.subject | Islamic literature, Arabic -- History and criticism | en_US |
| dc.subject | Arabic fiction -- 21st century -- History and criticism | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Perbandingan nilai Islam pada novel Rihlah Ila Allah karya Najib Kailani dan novel Api Tauhid karya Habiburrahman El Shirazy | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 185 | en_US |
| dc.identifier.callno | BP89.M86 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007772 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Perbandingan nilai Islam pada novel Rihlah Ila Allah karya Najib Kailani dan novel Api Tauhid karya Habiburrahman El Shirazy.pdf Restricted Access | Full-text | 1.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.