Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781886Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Sharif Mohd Farid Sharif Basa (P120929) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-12-22T06:42:46Z | - |
| dc.date.available | 2025-12-22T06:42:46Z | - |
| dc.date.issued | 2025-03-25 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781886 | - |
| dc.description.abstract | Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkualiti menjadi perkara penting dalam membentuk generasi yang kamil. Kajian lepas menunjukkan kekurangan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam bidang pedagogi, pengawalan kelas, dan merumuskan pelajaran. Namun, kajian khusus mengenai amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berasaskan Didik Hibur masih kurang dipraktikkan terutamanya di kawasan luar bandar. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan bagi tujuan mengkaji tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap amalan Didik Hibur, menilai tahap kemahiran mereka dalam pelaksanaan pendekatan ini, mengesan perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan dan kemahiran berdasarkan pengalaman mengajar dan akhir sekali menilai sumbangan pengetahuan serta kemahiran dalam pelaksanaan Didik Hibur. Metodologi kajian pula melibatkan reka bentuk tinjauan kuantitatif menggunakan soal selidik untuk mengumpul data mengenai pengetahuan dan kemahiran guru. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferens menggunakan perisian IBM Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Versi 25.0 bagi melihat amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berasaskan pendekatan didik hibur. Analisis Ujian T, Ujian Kolerasi Pearson & Regresi berganda pula akan digunakan untuk melihat amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berdasarkan pengalaman mengajar dan hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan amalan pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Beluran Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam terhadap amalan pengajaran berasaskan Didik Hibur adalah pada tahap sederhana tinggi. Terdapat perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan amalan pengajaran berasaskan Didik Hibur berdasarkan pengalaman mengajar dan terdapat hubungan antara kedua-dua aspek ini. Implikasi kajian pula menunjukkan murid-murid tidak berkembang maju dan berminat dengan isi pelajaran yang disampaikan selagi guru-guru tidak melakukan perubahan terhadap pendidikan dengan tidak melengkapkan diri dari aspek pengetahuan dan kemahiran melaksanakan amalan pengajaran yang berkesan. Justeru, Pendekatan amalan pengajaran berasaskan Didik Hibur perlu diberikan lebih pendedahan kepada guru Pendidikan Islam secara lebih mendalam dan lebih terperinci. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Teaching -- Aids and devices -- Research | en_US |
| dc.subject | Audio-visual education | en_US |
| dc.subject | Educational technology | en_US |
| dc.subject | Islamic education -- Sabah -- Beluran | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Pendekatan didik hibur dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Beluran Sabah | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 127 | en_US |
| dc.identifier.callno | LB1028.35.S53 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007768 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah) | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pendekatan didik hibur dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Beluran Sabah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.