Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781885| Title: | Faktor dan trend kebergantungan saudara baru terhadap agensi agama di Negeri Sembilan |
| Authors: | Mohammad Ridzuan Abdul (P106353) |
| Supervisor: | Salasiah Hanim Hamjah, Prof. Dr. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Dr. |
| Keywords: | Muslim converts -- Malaysia -- Negeri Sembilan Muslim converts -- Conduct of life Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 2-Jan-2025 |
| Abstract: | Saudara Baru adalah golongan yang telah keluar dari had tempoh mualaf sebagaimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke- 108. Umumnya Saudara Baru perlu diberikan perhatian dan bantuan yang melibatkan bantuan berbentuk material dan kerohanian kerana menghadapi pelbagai isu dan cabaran hidup sehingga menyebabkan kebergantungan mereka terhadap agensi agama di Negeri Sembilan masih berterusan. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif yang disasarkan iaitu mengenal pasti bentuk bantuan yang diberikan kepada Saudara Baru dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan mereka bergantung harap kepada bantuan agensi agama di Negeri Sembilan. Seterusnya kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis trend kebergantungan saudara baru terhadap agensi agama di Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen utama kajian ini ialah borang soal selidik dengan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 163 orang responden dipilih dalam kalangan saudara baru yang telah memeluk Islam antara tempoh 6 hingga 10 tahun. Data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat sepuluh jenis bantuan yang diperlukan oleh saudara baru iaitu bantuan hari raya, kebajikan mualaf, kewangan bulanan, perkahwinan mualaf, perubatan, perkahwinan, sewa rumah, modal dan perniagaan, membaiki rumah dan bantuan dermasiswa mualaf. Kajian ini turut mengenal pasti faktor utama kebergantungan mereka kepada bantuan agensi agama adalah disebabkan masalah ekonomi yang kurang stabil untuk menyara keluarga dengan nilai min tertinggi (min = 2.74, SP = 1.304). Selain itu, kajian ini juga mendapati trend kebergantungan saudara baru terhadap agensi agama di Negeri Sembilan adalah dalam aspek pendidikan (berkaitan bimbingan dan pengajian fardu kifayah) dengan nilai min tertinggi (min = 3.45, SP = 1.192). Kemudian ikuti dengan ekonomi ( bantuan kebajikan sara diri dan makanan) dengan nilai min = 3.42, SP = 1.281 dan diikuti dengan sosial (sokongan dan tunjuk ajar dari kawan) dengan nilai min = 3.41, SP = 1.121. Oleh yang demikian agensi agama perlu meneruskan bantuan yang disalurkan dengan memberikan penekanan dari aspek keperluan ilmu dengan tidak mengabaikan bantuan dan keperluan asas mereka di samping sokongan sosial dari masyarakat sekitar. Maka dengan yang demikian, keperluan asas saudara baru yang melibatkan aspek jasmani dan rohani dapat dipenuhi dan saudara baru dapat menjadi seorang muslim yang lebih baik. |
| Pages: | 124 |
| Call Number: | BP170.5.M677 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781885 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor dan trend kebergantungan saudara baru terhadap agensi agama di Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Full-text | 3.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.