Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781843| Title: | Dimensi pendidikan dan keimanan dalam ayat-ayat al-Quran tentang syurga bagi menghadapi kesusahan |
| Other Titles: | Ab'ad al-tarbawiyah wa al-imaniyah li-ayat al-jannah fi al-Qur’an al-karim fi muwajihahi al-mihan |
| Authors: | Alahmad, Asma Mohammad Mahmoud (P98356) |
| Supervisor: | Haziyah Hussin, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Paradise in the Qurʼan Paradise (Islam) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 1-Dec-2024 |
| Abstract: | Wabak Coronavirus (COVID 19) yang melanda dunia telah memberikan impak besar kepada kehidupan manusia dari segi psikologi, ekonomi, sosial, pendidikan, dan keimanan. Dari segi psikologi, manusia terkesan dengan penyakit atau kesulitan yang menimpa mereka atau keluarga mereka. Wabak ini memberikan hambatan besar kepada masyarakat dari segi ekonomi, disebabkan oleh larangan pergerakan di antara bandar dan negeri, serta penjarakan sosial untuk mengekang penularan dan bahaya wabak ini. Penutupan sekolah turut memberi impak besar terhadap pelajar di semua peringkat, malah penutupan masjid serta pembatasan bilangan jemaah memberi kesan terhadap aspek keimanan masyarakat. Dalam keadaan ini, kajian yang melibatkan masyarakat diperlukan bagi mencari solusi dalam mendepani cabaran. Al-Quran menyajikan banyak ayat yang mendorong kesabaran dan keteguhan hati dalam diri orang mukmin dalam menghadapi cabaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara analitikal ayat-ayat berkaitan dengan syurga dalam al-Quran dan mengekstrak dimensi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran dan ujian. Kajian ini menggunakan pendekatan tafsir maudu’i dengan menumpukan kepada ayat-ayat yang membincangkan satu isu dan matlamat tertentu dalam menghadapi cabaran dan ujian. Kajian ini turut merujuk kepada hadis Nabi dan pandangan salafussoleh. Pendekatan analisis digunakan untuk mengkaji kesan keimanan dari dimensi pendidikan yang memberi impak kepada kehidupan seorang Muslim. Dapatan kajian telah menemui lima dimensi pendidikan yang memberi impak penting dalam menghadapi wabak, penyakit, dan ujian yang dihadapi oleh seorang Muslim iaitu: kesabaran terhadap kesulitan dan ujian, keteguhan dan amalan kebaikan sebagai asas untuk mengatasi bencana, kasih sayang sesama manusia untuk membantu mereka mengurangkan bebanan, penyaluran untuk membantu yang memerlukan yang menghasilkan perkongsian sosial dalam masyarakat, dan terakhir, taqwa serta kesannya dalam menghadapi cabaran dan ujian. Dapatan kajian ini diharapkan mampu memperkukuhkan keimanan seorang Muslim dan mendorong sikap positif dalam menghadapi cabaran, terutamanya dalam pandemik yang telah memberi kesan kepada seluruh dunia. |
| Pages: | 169 |
| Call Number: | BP166.87.A43 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781843 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Dimensi pendidikan dan keimanan dalam ayat-ayat Al Quran tentang syurga bagi menghadapi kesusahan.pdf Restricted Access | Full-text | 17.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.