Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781822
Title: Perilaku alam sekitar peramal keinginan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif pembersihan sungai: fungsi bank masa sebagai penyederhana
Authors: Suhailah Shamsudin (P115954)
Supervisor: Aldrie Amir, Prof. Madya Dr.
Norshamshida Razak, Dr.
Noorasiah Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Environmental behavior.
Environmental protection -- Citizen participation.
Stream conservation -- Public participation.
Community development -- Citizen participation.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2025
Abstract: Sungai Klang merupakan antara sungai paling tercemar di dunia dan menjadi penyumbang utama kepada pelepasan sisa plastik tidak terurus ke lautan. Tingkah laku tidak bertanggungjawab dan tahap kesedaran awam yang rendah dikenal pasti sebagai faktor utama pencemaran ini. Penglibatan masyarakat dalam inisiatif pembersihan sungai sama ada berstruktur atau tidak berstruktur adalah kritikal. Kajian ini bertujuan untuk menilai penglibatan awam dalam pembersihan sungai tidak berstruktur melalui dua objektif utama: (1) mengkaji hubungan antara tingkah laku pro-alam sekitar, efikasi kendiri hijau dan keyakinan hijau terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai, serta (2) menilai fungsi bank masa sebagai penyederhana dalam hubungan tersebut. Kajian ini berpaksikan Teori Penentuan Diri (Self-Determination Theory) (SDT) dan Teori Persepsi Kendiri (Self-Perception Theory) (SPT), dan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik. Seramai 267 pengusaha bot kecil daripada Persatuan Bot Rekreasi Selangor (PBRS) dan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang (PNKPK) telah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis model persamaan struktur (SEM-PLS) menunjukkan bahawa tingkah laku pro-alam sekitar (ꞵ = 0.316; t = 4.598; p = 0.000) dan efikasi kendiri hijau (ꞵ = 0.554; t = 6.322; p = 0.000) mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai. Namun, keyakinan hijau (ꞵ = 0.183; t = 2.490; p = 0.013) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan, dan Hipotesis 3 telah ditolak. Sementara itu, keputusan bagi Hipotesis 4, 5 dan 6 menunjukkan bahawa bank masa tidak mempunyai kesan penyederhanaan yang signifikan terhadap hubungan ketiga-tiga peramal dengan keinginan untuk terlibat (p > 0.05). Ini menandakan bahawa motivasi dalaman adalah lebih dominan, dan ganjaran seperti kredit masa tidak memainkan peranan penting dalam konteks kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan ini menyumbang kepada pengembangan teori motivasi dan tingkah laku alam sekitar dengan memperkukuh peranan efikasi kendiri dan tingkah laku pro-alam sekitar sebagai pemacu penglibatan sukarela. Implikasi praktikal disarankan kepada agensi pengurusan sumber air dan pembuat dasar bagi merangka strategi intervensi yang menekankan nilai dalaman dan bukan sekadar insentif luaran. Kajian masa depan wajar meneroka potensi sebenar bank masa secara lebih menyeluruh sebagai alat pengurusan sukarelawan dalam konteks kelestarian alam sekitar.
Pages: 247
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781822
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.