Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781821
Title: Impak pengurusan pensijilan produk perkayuan MTCS-PEFC terhadap industri perkayuan: kajian kes negeri Pahang, Malaysia
Authors: Shah Badri Mohd Nor (P109263)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Dr.
Shamsul Khamis, Dr.
Shaharuddin Mohamad Ismail, Dato'
Keywords: Forest products industry -- Malaysia -- Pahang.
Wood products -- Certification -- Malaysia.
Forest certification -- Malaysia.
Sustainable forestry -- Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Nov-2025
Abstract: Pensijilan pengurusan hutan dan rantaian jagaan (CoC) merupakan aktiviti yang penting dalam memastikan kelestarian sumber bahan mentah pada masa akan datang. Malaysia telah melaksanakan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) sejak tahun 2001 berlandaskan piawaian antarabangsa seperti Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) dan Forest Stewardship Council (FSC). Namun, penilaian impak pensijilan dan CoC di Malaysia masih terhad, terutamanya akibat kekurangan data perkayuan bersijil yang direkodkan secara sistematik. Persoalan utama kajian ini meneliti punca jurang maklumat pensijilan, faktor pendorong pelaksanaan, serta mekanisme sokongan yang dapat meningkatkan keberkesanan pensijilan dalam konteks industri perkayuan. Sehubungan itu, kajian tesis ini bertujuan untuk: mengenal pasti faktor penyebab perbezaan maklumat data pensijilan di rantaian pengeluaran industri perkayuan; mengenal pasti impak positif dan negatif yang mempengaruhi pelaksanaan sistem pensijilan hutan dan CoC; mengenal pasti mekanisme yang mendukung kepada keperluan perdagangan dalam konteks pensijilan produk perkayuan; dan membentuk kerangka pelan tindakan bagi sistem maklumat dan pemantauan pensijilan pengurusan hutan dan CoC. Negeri Pahang dipilih adalah kerana mempunyai antara keluasan hutan terbesar yang bersijil manakala daerah Kuantan dan Temerloh dipilih sebagai lokasi kajian kerana kedua-duanya merupakan kluster utama kilang produk perkayuan serta merupakan kawasan yang tertinggi dalam aspek pengeluaran produk perkayuan primer. Kaedah kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur bersama syarikat serta agensi berkaitan. Analisis dilaksanakan secara deskriptif dan melalui pendekatan SWOT. Hasil kajian mendapati wujud ketidakselarasan data antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), manakala Malaysian Timber Certification Council (MTCC) hanya bertindak sebagai pengguna data. Dari aspek impak kepada syarikat, pensijilan memberi kesan positif dengan meningkatkan capaian pasaran antarabangsa, mengukuhkan imej korporat serta persepsi terhadap kelestarian, dan meningkatkan keyakinan pelanggan. Namun, syarikat kecil dan sederhana berdepan kesan negatif seperti peningkatan kos pensijilan, beban dokumentasi, dan cabaran teknikal dalam pematuhan piawaian yang boleh menjejaskan daya saing. Kajian tesis ini menyumbang kepada bidang ilmu melalui pembentukan pelan tindakan sistem maklumat dan pemantauan CoC, yang memperkukuh pengurusan pensijilan di Malaysia. Dari sudut implikasi dasar, pelan tindakan ini berpotensi menjadi asas penambahbaikan sistem pengurusan data dan peranan agensi, sekali gus menyokong daya saing industri perkayuan Malaysia dalam pasaran global berasaskan kelestarian.
Pages: 190
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781821
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Impak pengurusan pensijilan produk perkayuan MTCS PEFC terhadap industri perkayuan kajian kes negeri Pahang Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text4.2 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.