Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781819| Title: | Orientasi nilai dan set minda ibu bapa Orang Kuala dan Orang Kanaq berkaitan pencapaian pendidikan, Johor Darul Takzim |
| Authors: | Nurasyikin Ghazali (P77509) |
| Supervisor: | Sharina Abdul Halim, Prof. Madya Dr. Ong Puay Liu, Prof. |
| Keywords: | Indigenous peoples -- Education -- Malaysia -- Johor. Parents -- Attitudes -- Malaysia -- Johor. Indigenous peoples -- Malaysia -- Social conditions. Values -- Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 10-Oct-2025 |
| Abstract: | Pendidikan dalam masyarakat Orang Asli seringkali menjadi isu yang kompleks dan menimbulkan persoalan tentang faktor yang menyumbang kepada masalah ini khususnya dari sudut psikososial dan budaya. Pembangunan yang dilaksanakan ke atas masyarakat Orang Asli terutamanya Orang Kuala dan Orang Kanaq tidak menitik beratkan pandang dunia masyarakat peribumi yang mungkin berbeza dan tidak selari dengan arus perdana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti orientasi nilai dan set minda yang mendasari pandang dunia ibu bapa Orang Kanaq dan Orang Kuala terhadap pendidikan; meneliti hubungan orientasi nilai, set minda dan persepsi ibu bapa Orang Kanaq dan Orang Kuala ke atas pencapaian pendidikan anak-anak dan; meneliti inisiatif lokal dan intervensi kerajaan terhadap pendidikan. Kajian ini dilaksanakan secara sequential mixed-method dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif keatas 166 orang responden dan temu bual 36 orang responden di Kg. Sungai Layau dan Kg. Sungai Selangi. Hasil kajian menunjukkan Orang Kuala mempunyai nilai yang lebih bersifat menyeluruh dan individual (hala tuju, universalisme, pencapaian, keselamatan, pematuhan, tradisi, kepuasan dan kebajikan) sebaliknya, Orang Kanaq lebih bersifat kolektif (universalisme, keselamatan, pematuhan, tradisi dan kebajikan). Perbezaan ketara juga dilihat dari segi set minda, di mana 43.8 peratus Orang Kanaq mempunyai set minda tetap berbanding Orang Kuala 1.3 peratus. Ini kerana Orang Kanaq memilih untuk mengelak daripada menonjolkan kebolehan mereka. Perubahan dalam orientasi nilai dan set minda adalah hasil daripada interaksi mereka dan perubahan persekitaran seperti daripada kehidupan berasaskan laut kepada pertanian. Nilai pencapaian (0.633, 0.506 dan 0.542) dan set minda berkembang (0.541, 0.370 dan 0.497) adalah signifikan terhadap persepsi ibu bapa mengenai pendidikan anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan pencapaian anak khususnya Orang Kuala dan Orang Kanaq adalah melalui penerapan nilai dan set minda yang positif kepada ibu bapa, memperkukuhkan sokongan emosi dan motivasi anak, memberi latihan dan pendedahan literasi kepada ibu bapa serta kerjasama strategik dengan sekolah dan agensi berkaitan. Oleh itu, melalui kajian seperti ini dapat memberikan pemahaman kontekstual yang lebih mendalam tentang bagaimana komuniti Orang Asli melihat dan mentafsir pendidikan dalam kerangka nilai dan budaya mereka. Implikasinya membantu merangka dasar dan pendekatan pendidikan yang lebih sensitif budaya serta dapat meningkatkan keberkesanan intervensi pendidikan untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia. |
| Pages: | 245 |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781819 |
| Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Orientasi nilai dan set minda ibu bapa Orang Kuala dan Orang Kanaq berkaitan pencapaian pendidikan Johor Darul Takzim.pdf Restricted Access | Partial | 840.44 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.