Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781818| Title: | Transformasi ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat melalui pendekatan perancangan infrastruktur hijau di bandar raya Kuala Lumpur |
| Authors: | Mohamed Ikhwan Nasir Mohamed Anuar (P86590) |
| Supervisor: | Saiful Arif Abdullah, Prof. Madya Dr. Faridatul Akma Abdul Latif, Dr. |
| Keywords: | Urban renewal -- Malaysia -- Kuala Lumpur. Green infrastructure -- Malaysia -- Kuala Lumpur. Urban open spaces -- Malaysia -- Kuala Lumpur. Highway structures -- Environmental aspects -- Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 16-Dec-2024 |
| Abstract: | Pembinaan lebuh raya bertingkat membantu meningkatkan kemudahsampaian di dalam kawasan bandar. Namun pada masa yang sama, kewujudan struktur berskala mega ini yang dirancang melalui pendekatan zoning menjejaskan fabrik bandar dan mengakibatkan pembentukkan ruang tinggal. Ruang tinggal yang tidak jelas fungsinya ini menjejaskan imej serta kesinambungan ruang bandar dan mengundang aktiviti sosial yang tidak sihat. Akhirnya keadaan ini boleh mengancam kelestarian persekitaran bandar itu sendiri. Justeru, pemahaman mengenai tipologi ruang tinggal ini dan seterusnya bagaimana ruang ini boleh direkabentuk serta dirancang semula melalui perancangan dan rekabentuk landskap berkonsepkan infrastruktur hijau (IH) merupakan suatu yang penting dalam aspek perancangan landskap bandar. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tipologi ruang tinggal yang wujud di bawah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur serta rekabentuk pengunaan ruang tinggal melalui elemen infrastruktur hijau yang sesuai. Sehubungan itu, Lebuh raya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) dan Maju Expressway (MEX) dipilih sebagai kawasan kajian. Matlamat kajian ini dicapai melalui beberapa objektif kajian yang dijalankan melalui analisis dokumen, kerja lapangan serta temubual pengesahan daripada pakar mengenai kesesuaian elemen IH yang telah dikenalpasti itu. Hasil kerja lapangan telah menunjukkan terdapat lima (5) tipologi utama ruang tinggal dibawah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur: (1) ruang awam, (2) ruang awam dengan fungsi-fungsi perkhidmatan (3) ruang hab transit (4) ruang laluan transit dan (5) ruang yang tidak boleh dilalui. Kelima lima tipologi ruang tinggal ini seterusnya telah diklasifikasi kepada dua ciri utama iaitu (1) ruang yang mudah diakses dan (2) ruang yang sukar diakses. Seterusnya, temubual bersama pakar telah menunjukkan elemen IH seperti laman rekreasi, lot permainan, dinding hijau, kebun komuniti, kawasan awam seperti tapak berniaga, tapak acara/majlis (event space), ruang awam bersosial (civic social space) serta ruang hijau berfungsi (functional green space) seperti kawasan pengurusan air ribut dan tebatan banjir adalah sesuai untuk direkabentuk di ruang tinggal tersebut namun tertakluk kepada faktor-faktor seperti lokaliti, kemudahsampaian, keselamatan, keperluan komuniti serta kebenaran pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat mempunyai pelbagai fungsi iaitu secara formal dan tidak formal. Selari dengan itu, pendekatan perancangan IH dianggap sesuai untuk diaplikaskan di ruang tinggal bagi menangani kesan daripadan proses perancangan tradisonal (zoning). Namun begitu, pemilihan dan pengaplikasian elemen IH perlu disesuaikan dengan tipologi ruang. Melalui pendekatan perancangan IH, ruang tinggal dapat dirancang dan direkabentuk semula supaya menyumbang secara positif dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar bandar. Rangka pendekatan perancangan ruang yang dibentuk berdasarkan tipologi ruang tinggal dan kesesuaian elemen IH ini dilihat sebagai satu pendekatan yang dapat menyokong kepada perancangan dan rekabentuk ruang tinggal lebuh raya bertingkat yang lebih inklusif. Hasil dari kajian ini boleh memberi manfaat kepada ahli profesional industri dan ahli akademik terutamanya berkaitan alam bina serta menyumbang secara positif kepada pembangunan lestari bandar seiring dengan aspirasi Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4 2020-2040) yang mendokong United Nation Sustainable Development Goals khususnya Goal 11 - Sustainable Cities and Communities dan New Urban Agenda (NUA). |
| Pages: | 237 |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781818 |
| Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Transformasi ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat melalui pendekatan perancangan infrastruktur hijau di bandar raya Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Full-text | 4.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.