Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781817
Title: Pembangunan kerangka penilaian interpretasi warisan tabii geotapak di kawasan pemuliharaan Langkawi Unesco Global Geopark (LUGGp)
Authors: Mazzueen Md Khalid (P90613)
Supervisor: Tanot Unjah, Prof. Madya Dr.
Sharina Abdul Halim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Geoparks -- Malaysia -- Langkawi.
Natural heritage -- Malaysia -- Langkawi.
Geological sites -- Malaysia -- Langkawi.
Nature interpretation -- Malaysia -- Langkawi.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Nov-2024
Abstract: Interpretasi merupakan alat utama untuk pengurusan pelancongan bersepadu dengan potensi penggunaan yang amat besar dalam menguruskan jumlah pengunjung, tingkah laku, dan impak serta meningkatkan pengalaman pengunjung di kawasan pelancongan. Geopelancongan pula merupakan satu bentuk pelancongan warisan tabii menggunakan interpretasi bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di geotapak serta pemuliharaan kepelbagaian geologi dan pemahaman sains bumi melalui penghargaan dan pembelajaran di kawasan geopelancongan. Pada ketika ini, penilaian kendiri UNESCO Global Geopark ada menyentuh mengenai kepentingan penyediaan interpretasi sama ada bersemuka atau tidak bersemuka; walau bagaimanapun, penilaian ini hanya merangkumi keperluan penyediaan jejak berpandu dan panel interpretasi bagi menyampaikan fakta warisan tabii geotapak secara umum sahaja. Bagi mengatasi isu ini, tiga objektif kajian telah dibina iaitu: 1) untuk mengenal pasti kriteria dan subkriteria penilaian sedia ada yang digunakan untuk menilai interpretasi persekitaran di kawasan pelancongan; 2) menilai dan menentukan kriteria dan sub-kriteria penilaian untuk membangunkan kerangka penilaian interpretasi warisan tabii geotapak bagi kawasan geopelancongan komponen pemuliharaan geopark; dan 3) membangunkan kerangka penilaian interpretasi warisan tabii geotapak bagi kawasan geopelancongan komponen pemuliharaan geopark. Melalui sorotan perpustakaan, pelbagai penilaian interpretasi, proses, kaedah, dan perbandingan kajian interpretasi terdahulu dibincangkan bagi memperoleh item-item yang diperlukan dalam kriteria dan subkriteria penilaian interpretasi. Hasil analisis kandungan ini digunakan untuk membangunkan borang soal selidik yang kemudiannya disahkan oleh panel pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Kerangka kriteria interpretasi warisan tabii geotapak di kawasan Geopark kemudiannya dibina berdasarkan dapatan dari soal selidik pakar. Penilaian interpretasi warisan tabii geotapak ini merangkami interpretasi bersemuka dan tidak bersemuka yang akan digunakan untuk menilai program dan kemudahan interpretasi warisan tabii geotapak di wilayah pemuliharaan geopark.
Pages: 217
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781817
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan kerangka penilaian interpretasi warisan tabii geotapak di kawasan pemuliharaan Langkawi Unesco Global Geopark LUGGp.pdf
  Restricted Access
Full-text7.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.