Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781814
Title: Membentuk kerangka strategi kesedaran dan pembudayaan alam sekitar dalam pendidikan alam sekitar di kalangan pelajar universiti
Authors: Farhah Izzati Zubir (P88777)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Dr.
Shaharuddin Mohamad Ismail, Dato'
Keywords: Environmental education — Malaysia.
Environmental awareness — College students.
Sustainable development — Study and teaching (Higher).
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Mar-2025
Abstract: Kegagalan menterjemahkan pengetahuan alam sekitar kepada bentuk amalan dan tindakan secara tidak langsung menjadi antara punca kemusnahan alam sekitar. Menyingkapi hakikat ini, pendidikan alam sekitar atau Environmental Education (EE) menjadi salah satu pentas utama dalam usaha memberikan ilmu, memupuk kesedaran, memberi pendedahan awal serta membudayakan tingkah laku yang baik terhadap alam sekitar dan kelestarian. Menyokong usaha ini, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memperkenalkan Kursus Penjelajahan Ekosistem Alam Sekitar (Kod: LMCP1522) sebagai kursus elektif yang menggabungkan pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti luar secara praktikal kepada pelajar. Justeru, tesis ini bertujuan untuk menjawab empat objektif iaitu mengenal pasti status kesedaran dan tahap literasi alam sekitar pelajar; menentukan hubungan antara komponen literasi alam sekitar merangkumi pengetahuan, sikap dan amalan (K-A-P) pelajar; menilai bentuk dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dari perspektif tenaga pengajar dan pelajar; serta membentuk kerangka strategi untuk meningkatkan kesedaran dan pembudayaan amalan alam sekitar. Kaedah kajian melibatkan pendekatan campuran melalui teknik penjelasan berturutan (explanatory sequential). Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik yang telah ditadbir kepada 108 orang responden dan dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil analisis dalam konteks kesedaran alam sekitar pelajar menunjukkan bahawa majoriti responden menggunakan media sosial sebagai sumber maklumat utama berkaitan alam sekitar. Sebilangan besar mereka melakukan pencarian maklumat mengenai alam sekitar secara puratanya kurang daripada 30 minit dalam seminggu. Kebanyakan mereka memilih isu berkaitan pencemaran air yang dianggap paling utama dan kritikal. Kebanyakan pelajar menyedari aspek kelestarian meliputi tiga komponen iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial serta terdapat 17 matlamat pembangunan lestari (SDG) yang digariskan. Berkenaan dengan tahap literasi, pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap alam sekitar. Namun, amalan mereka terhadap alam sekitar berada pada tahap sederhana. Penelitian hubungan antara komponen literasi alam sekitar melalui analisis inferensi (korelasi) menunjukkan terdapat hubungan sederhana kuat yang signifikan bagi komponen sikap dan pengetahuan serta komponen amalan dan sikap manakala wujudnya hubungan lemah yang signifikan antara komponen pengetahuan dan amalan. Berdasarkan hasil temu bual melalui analisis tematik pula, bentuk dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus LMCP1522 dapat dijelaskan menerusi enam faktor termasuk reka bentuk kurikulum; pendekatan pedagogi; peranan tenaga pengajar; penilaian prestasi pelajar; isu dan cabaran dalam melaksanakan EE; serta cadangan penambahbaikan kursus. Analisis SWOT dilaksanakan untuk mengintegrasikan dapatan kuantitatif dan kualitatif bagi menilai kesan positif dan negatif. Hasil analisis ini membantu memformulasikan pembentukan kerangka strategi untuk meningkatkan kesedaran dan pembudayaan amalan alam sekitar. Secara keseluruhannya, hasil kajian tesis ini menyumbang ke arah merealisasikan agenda pendidikan alam sekitar dan kelestarian selari dengan sasaran matlamat SDG 4 berkenaan pendidikan berkualiti.
Pages: 278
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781814
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Membentuk kerangka strategi kesedaran dan pembudayaan alam sekitar dalam pendidikan alam sekitar di kalangan pelajar universiti.pdf
  Restricted Access
Full-text159.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.