Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781796
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaizom Hassan, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorLam Kok Wai, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Azlan Nor Muhammad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul Wahida Othman, Dr.en_US
dc.contributor.authorAnis Nadyra Ahmad Zifruddin (P100127)en_US
dc.date.accessioned2025-12-16T04:06:20Z-
dc.date.available2025-12-16T04:06:20Z-
dc.date.issued2025-05-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781796-
dc.description.abstractUlat bungkus Metisa plana (Lepidoptera: Psychidae) merupakan serangga perosak utama kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mengawal serangan ini, namun strategi kawalan yang efisien masih belum ditemui. Pembangunan racun serangga menyasarkan laluan hormon juvenil (JH) merupakan strategi alternatif yang berkesan selaras dengan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). JH bertanggungjawab sebagai pengawal atur beberapa proses biologi penting serangga termasuklah pertumbuhan, diapaus, metamorfosis dan pembiakan. Sebarang manipulasi terhadap biosintesis JH boleh mengganggu proses yang berkaitan dengannya. Farnesol dehidrogenase dikenali sebagai enzim pengehad kadar yang penting dalam laluan JH. Kajian ini bertujuan untuk memencil dan mengenal pasti transkrip farnesol dehidrogenase M. plana (MpFolDH), mencirikan fungsi enzim ini secara biokimia dan mengenal pasti perencatnya melalui kaedah penyaringan maya keupayaan celusan tinggi (HTVS) secara ensembel. Setelah itu, perencat yang terpilih akan ditentukan kesan dan mod perencat secara asai enzim in vitro. Transkrip bagi protein ini telah dikenal pasti dan dipencilkan daripada data transkriptom M. plana. Ia disahkan mempunyai 255 asid amino pada berat molekul heterodimer 54 kDa. Ramalan struktur 3D menunjukkan protein ini mempunyai domain ikatan lipatan-Rossmann yang terdiri daripada beberapa motif penting yang terpulihara seperti TGxxxGIG, YxxxK dan PG dikategorikan sebagai superfamili klasik dehidrogenase berantai pendek. MpFolDH mempunyai kespesifikan substrat yang tinggi terhadap trans, trans-farnesol dengan NADP+ sebagai satu-satunya koenzim. Ia juga bertindak balas dengan kadar optimum pada pH 9, suhu 37 °C. Melalui strategi perkomputeran HTVS secara ensembel, sebanyak 43 768 sebatian telah diuji dan disaring dengan menggunakan kaedah pengedokan molekul, simulasi molekul dinamik dan Molecular Mechanics Poisson-Boltzmann Surface Area (MM/PBSA), ZINC000408735138 (ΔG = -43.45 ± 0.12 kJ/mol) dicadangkan sebagai perencat yang berpotensi daripada hasil saringan ini. Melalui asai enzim in vitro, ZINC000408735138 dan tiga perencat analog kepada sebatian farnesol diuji keupayaannya untuk merencat aktiviti MpFolDH. Hasil penilaian mendapati ZINC000408735138 dan farnesil asetat menunjukkan kebolehan untuk merencat enzim MpFolDH dengan nilai purata Ki ZINC000408735138 ~42 kali ganda lebih efektif berbanding analog yang lain. Kajian ini memberikan pemahaman yang mendalam terhadap pencirian biokimia MpFolDH sebagai sasaran baharu pembangunan racun serangga perosak. Penemuan perencat novel ini turut membuka ruang bagi merangka langkah dan strategi baharu dalam mengawal ancaman ulat bungkus yang serius di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMetisa plana — Control.en_US
dc.subjectMetisa plana — Biochemistry.en_US
dc.subjectInsect pests — Biological control.en_US
dc.subjectEnzyme inhibitors.en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePencirian biokimia dan pembangunan perencat novel bagi farnesol dehidrogenase Metisa plana (Lepidoptera : Psychidae)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages220en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pencirian biokimia dan pembangunan perencat novel bagi farnesol dehidrogenase Metisa Plana Lepidoptera Psychidae.pdf
  Restricted Access
Full-text124.06 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.