Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781716| Title: | Analisis kemandirian dan kualiti hidup pesakit kanser prostat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur |
| Authors: | Norzaher Ismail (P88355) |
| Supervisor: | Shamsul Azhar Shah, Prof Dr. Nazarudin Safian, Dr. |
| Keywords: | Public health Research Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 22-Nov-2019 |
| Abstract: | Data 2018 melaporkan insidens kanser prostat adalah 1,807 kes baharu dengan 8.8% daripada keseluruhan jenis kanser berbanding 1,186 kes yang dilaporkan pada tahun 2014. Kanser prostat ini didapati memberi kesan terhadap beban penyakit serta beban ekonomi kepada negara dan turut memberi kesan terhadap kualiti hidup pesakit terutamanya pesakit berumur melebihi 65 tahun. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memahami kes kanser prostat dengan lebih mendalam, untuk mengukur tahap kemandirian hidup pesakit kanser prostat dan mengukur kualiti hidup pesakit kanser prostat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras serta mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi penentu kepada tahap kemandirian hidup dan juga kualiti hidup pesakit kanser prostat. Kajian dilakukan melibatkan dua kajian utama iaitu analisis kemandirian hidup pesakit kanser prostat dan kajian kedua melibatkan analisis konsistensi dalaman set soal selidik EORTC QLQ-C30 dan EORTC QLQ-PR25 dan juga analisis kualiti hidup pesakit kanser prostat melibatkan skala fungsi dan simptom serta status kesihatan global pesakit. Kajian melibatkan kajian keratan rentas dan juga retrospektif kohort. Tempoh kajian bermula Julai 2017 sehingga Feb 2019. Kajian melibatkan pesakit-pesakit yang telah didiagnos dan mendapatkan rawatan untuk tempoh 2008 sehingga 2017. Kajian pertama melibatkan pengumpulan data pesakit yang melakukan prosedur biopsi kelenjar prostat. Data-data pesakit kemudian diperoleh daripada rekod perubatan. Bagi titik akhir ujian kemandirian hidup, status mati dengan punca kematian kanser prostat digunakan. Kajian kedua melibatkan sesi menjawab soal selidik kualiti hidup EORTC QLQ-C30 dan EORTC QLQ-PR25 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Sejumlah 283 data pesakit untuk kajian pertama dan 193 pesakit untuk kajian kedua terlibat di dalam kajian ini..Kajian pertama menunjukkan tempoh kemandirian hidup keseluruhan pesakit untuk dua belas bulan (91.5%), 36 bulan (83.6%), 60 bulan (77.8%) dan 120 bulan (65.5%) dan faktor penentu kepada kemandirian hidup adalah umur 75 tahun ke atas (N.H=8.49, S.K 95% 1.16-62.13), skor Gleason ≥ 8 (N.H=2.36 S.K 95% 1.18-4.73) dan komplikasi metastasis kanser (N.H=5.26 S.K 95% 2.88-9.63). Kajian analisis dalaman set soal selidik mencatatkan nilai Cronbach-α 0.913 (EORTC QLQ-C30) dan 0.829 (EORTC QLQ-PR25). Kajian analisis kualiti hidup pesakit kanser prostat mancatatkan skor kesihatan global 65.3% dan mendapati terdapat perbezaan terhadap tahap fungsi dan simptom pesakit kanser berdasarkan tahap kanser prostat dan analisis terhadap faktor faktor seperti umur, tahap penyakit kanser dan skor Gleason menunjukkan faktor faktor ini sebagai penentu kepada kualiti hidup pesakit kanser prostat di hospital ini. Kesimpulannya kadar kemandirian hidup bagi kanser prostat di hospital ini mencatatkan 77.8% bagi lima tahun dan 65.5% bagi tempoh sepuluh tahun. Faktor penentu kepada kadar kemandirian hidup dan kualiti hidup pesakit kanser prostat adalah umur, skor Gleason, tahap kanser dan juga status metastasis. |
| Pages: | 315 |
| Call Number: | WA20.5.N896a 2019 9HUKMPRA tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781716 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis kemandirian dan kualiti hidup pesakit kanser prostat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Full-text | 4.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.