Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781679
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazlena Mohamad Ali, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorshita Mat Nayan, Dr.en_US
dc.contributor.advisorRiza Sulaiman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorBilly Hendrik (P88914)en_US
dc.date.accessioned2025-12-09T03:05:48Z-
dc.date.available2025-12-09T03:05:48Z-
dc.date.issued2020-12-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781679-
dc.descriptionPartialen_US
dc.description.abstractKreativiti figural (KF) ialah keupayaan seseorang untuk membuat objek, kaedah atau proses yang baharu. Hubungan antara kreativiti dan inovasi penting untuk menjana gagasan baharu yang menyumbang kepada penciptaan produk inovatif. Hasil kajian Indeks Kreativiti Global (Global Creativity Index, GCI) menunjukkan kreativiti sumber manusia di negara membangun berada pada tahap yang rendah. Ini menyebabkan negara membangun mengalami kesukaran untuk bersaing. Bidang pendidikan dilihat mampu memainkan peranan penting bukan sahaja untuk meningkatkan hasil pembelajaran tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran KF dalam kalangan pelajar untuk mencipta tenaga sumber manusia yang mahir, produktif, kreatif dan berkualiti, ini sangat diperlukan dalam menghadapi era revolusi industri 4.0. Hasil kajian tinjauan lepas mendapati, sudah terdapat model pembelajaran yang diaplikasikan namun masih belum begitu sesuai untuk meningkatkan KF dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Oleh itu, melalui kajian ini, penyelidik telah menggabung dan mengintegrasikan teknologi robotik ke dalam model pembelajaran bagi menstimulasi KF. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti pemboleh ubah KF, mereka bentuk model KF melalui pembelajaran robotik dan menilai keberkesanan model dalam merangsang KF. Model Pembelajaran dibangunkan iaitu Teknologi Robotik (MB-TRob) melalui tiga fasa iaitu fasa keperluan awal, fasa eksperimen dan fasa penilaian. MB-TRob terdiri daripada langkah yang mampu merangsang KF ke atas empat domain pemboleh ubah iaitu kelancaran, fleksibiliti, penghuraian dan keaslian. Kaedah eksperimen reka bentuk pra ujian dan pasca ujian dilakukan dalam fasa penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang pelajar pada peringkat keperluan awal dan 23 pelajar pada peringkat penyelidikan lanjutan dengan usia sampel terdiri daripada 9 hingga 12 tahun. Hasil dapatan kajian menunjukkan MB TRob telah dinilai dengan kesahihan Aiken V 0.91. MB-TRob didapati mampu merangsang peningkatan ke atas empat pemboleh ubah KF. Hasil kajian dalam sampel pertama kelas eksperimen menunjukkan peningkatan bagi domain kelancaran iaitu sebanyak 18.2%, fleksibiliti 17.5%, penghuraian 15.7% dan keaslian telah mengalami peningkatan kepada 60.1% berbanding dalam kelas kawalan iaitu domain kelancaran hanya pada nilaian 12.6%, fleksibiliti 13.4%, penghuraian 3.9%, dan keaslian sebanyak 39.6% sahaja. Sampel kedua berdasarkan hasil analisis ujian t menunjukkan nilai signifikansi pada nilaian <0.05. Ini bermakna bahawa model MB-TRob mampu mempengaruhi keberkesanan merangsang keempat pemboleh ubah KF dan seterusnya membantu bidang pendidikan untuk melahirkan pelajar sekolah rendah yang mempunyai KF.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of IR4.0 / Institut IR4.0 (IIR4.0)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectRobot visionen_US
dc.subjectKreativiti figural (KF)en_US
dc.titleModel pengembangan kreativiti figural berdasarkan konsep pembelajaran robotik dalam kalangan pelajar sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesCD tesisen_US
dc.format.pages229en_US
dc.identifier.barcode006030(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
11.Model pengembangan kreativiti figural berdasarkan konsep pembelajaran robotik dalam kalangan pelajar sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Partial1.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.