Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781672
Title: Kerangka konsepsi reka bentuk e-pembelajaran berasaskan pendekatan peringatan persuasif
Authors: Mohamad Hidir Mhd Salim (P88408)
Supervisor: Nazlena Mohamad Ali, Prof. Madya. Dr.
Mohamad Taha Ijab, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
E-learning
Issue Date: 17-Mar-2021
Abstract: Teknologi yang dapat mempengaruhi pengguna untuk mengubah sikap dan tingkahlaku dirujuk sebagai teknologi persuasif atau pemujukan. Model Pembangunan Reka Bentuk Persuasif menggariskan 27 prinsip persuasif yang dapat mempengaruhi tingkahlaku pengguna. Teknologi ini telah digunakan dengan meluas dalam pembangunan aplikasi kesihatan bagi mempengaruhi pengguna untuk mengubah gaya hidup sihat. Teknologi ini juga digunakan dalam aplikasi e-dagang bagi mempengaruhi sikap pengguna untuk membida, dan pada aplikasi media sosial untuk menggalakkan pengguna berkongsi maklumat peribadi. Namun begitu, teknologi persuasif masih baharu terutama dalam bidang pendidikan seperti dalam sistem epembelajaran. Kajian terdahulu mendapati reka bentuk sistem e-pembelajaran sedia ada kurang menumpukan aspek persuasif untuk perubahan tingkahlaku pelajar seperti menarik minat dan penglibatan. Ciri multimedia dan interaktiviti masih kurang memadai untuk memenuhi keperluan meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam e-pembelajaran. Tahap penglibatan dan motivasi pelajar yang rendah juga disebabkan kelemahan interaksi antara pelajar dan sistem e-pembelajaran. Prinsip peringatan persuasif dicadangkan pada sistem e-pembelajaran bagi meningkatkan tahap penglibatan pelajar. Matlamat utama kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka konsepsi reka bentuk persuasif bagi sistem e-pembelajaran khusus dalam aspek peringatan persuasif. Kajian ini telah dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Objektif kajian adalah: (1) Mengenalpasti faktor motivasi dan strategi pembelajaran yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, (2) Mengenalpasti prinsip persuasif berkaitan faktor motivasi dan strategi pembelajaran pelajar, (3) Membangunkan kerangka konsepsi reka bentuk persuasif e-pembelajaran pendekatan peringatan persuasif, dan (4) menilai kerangka konsepsi yang telah dibangunkan melalui kajian kes. Hasil daripada temubual pakar mendapati sistem Pembelajaran Terbuka masih kurang elemen prinsip peringatan persuasif. Teknik peringatan persuasif yang digunakan adalah teknik sistematik dan heuristik. Sampel kajian kes terdiri daripada 57 responden terdiri daripada pelajar tahun satu jurusan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM yang mengambil subjek Jihad Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah dan menggunakan sistem Pembelajaran Terbuka. 10 responden terlibat dalam temu bual fokus. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan 51 peratus dalam aspek penglibatan pelajar bagi tugasan yang menerapkan prinsip peringatan persuasif berbanding tugasan yang tidak menerapkan prinsip tersebut. Secara keseluruhan, lebih 50 peratus responden memberi maklum balas positif terhadap penggunaan prinsip peringatan persuasif. Analisis tematik menunjukkan aspek kandungan, pensyarah, penegasan dan reka bentuk menjadi fokus utama responden dalam kajian ini.
Description: Full-text
Notes: CD tesis
Pages: 203
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781672
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
14.Kerangka konsepsi reka bentuk e-pembelajaran berasaskan pendekatan peringatan persuasif.pdf
  Restricted Access
Full-text2.79 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.