Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781631
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorFaudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Saiful Akmal A. Karim (GP04878)en_US
dc.date.accessioned2025-12-03T04:25:04Z-
dc.date.available2025-12-03T04:25:04Z-
dc.date.issued2022-06-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781631-
dc.description.abstractPengetahuan agama adalah elemen yang penting dalam pembentukan akhlak mulia. Pelbagai jenis delinkuen sosial remaja dilaporkan hampir setiap hari dalam media massa dan keadaan ini amat membimbangkan ramai pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Punca keruntuhan akhlak adalah kurang kefahaman tentang agama dan akhlak. Program motivasi bermodul adalah salah satu kaedah berkesan menangani isu ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat perubahan tingkah laku peserta Program Motivasi Tapow A, mengetahui persepsi peserta terhadap kecemerlangan agama dan kecemerlangan akhlak di dalam modul Tapow A. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah kajian tinjauan. Kajian dijalankan dengan mengunakan instrumen borang soal selidik dan pemerhatian bukan peserta. Tinjauan ini dibuat semasa program Tapow A dilaksanakan di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi. Seramai 70 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah sistem rawak mudah yang terdiri dari pelajar yang berumur diantara 13 tahun ke 17 tahun. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan program SPSS versi 14.0 yang menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati persepsi peserta modul Tapow A terhadap kecemerlangan agama memperolehi nilai min 2.7 dan kecemerlangan akhlak memperolehi nilai min 3.0. Manakala dapatan kajian melalui kaedah pemerhatian secara bukan peserta mendapati terdapat perubahan tingkah laku postif selepas menyertai program. Secara keseluruhan dapatan persepsi pelajar terhadap kecemerlangan agama dan kecemerlangan akhlak adalah berada pada tahap sederhana. Terdapat elemen agama di dalam modul Tapow A tetapi ianya tidak menyeluruh dan terperinci sepertimana konsep al-falah di dalam al-Quran. Begitu juga elemen akhlak di dalam modul ini hanya menyentuh pada sebahagian nilai akhlak menurut al-Quran. Jurulatih berjaya mengendalikan program berdasarkan perubahan tingkah laku peserta yang sentiasa bersemangat dan fokus. Kajian ini mendapati responden perlu memantapkan asas-asas fardu ain yang terdiri dari ilmu akidah, ibadah dan akhlak secara menyeluruh di mana bukan setakat difahami sebahagiannya tetapi perlu dihayati dan diamalkan keseluruhannya. Oleh yang demikian, kecemerlangan agama dan akhlak hanya dapat dicapai apabila asas-asas fardu ain dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMotivation in educationen_US
dc.subjectMotivation in Islamic educationen_US
dc.subjectMotivation (Psychology) -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePersepsi pelajar terhadap kecemerlangan agama dan akhlak dalam program motivasi modul Tapow Aen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages137en_US
dc.identifier.callnoLB1065.M848 2022 tesisen_US
dc.identifier.barcode007712en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi pelajar terhadap kecemerlangan agama dan akhlak dalam program motivasi modul Tapow A.pdf
  Restricted Access
Partial841.48 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.